Hotel milik GISBH di Kelantan tiba-tiba hilang.
Sejak semalam, tular sebuah video yang memaparkan hotel milik Global Ikhwan Services Business Holding (GISBH) bernama Ikhwan Hotel tiba-tiba bertukar nama.
Video tersebut, yang dirakamkan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan, menunjukkan beberapa individu menukar papan tanda nama hotel tersebut kepada nama lain pada waktu malam.
Walaupun pelbagai spekulasi timbul mengenai insiden tersebut, difahamkan bahawa pemilik hotel itu sendiri telah membatalkan perkongsiannya dengan GISBH susulan siasatan polis terhadap syarikat tersebut.
Menurut laporan NST, pemilik hotel, Musab Abdul Rahman, menyatakan bahawa sebelum ini dia telah bekerjasama dengan GISBH untuk menguruskan hotel berkenaan.
Namun, akibat serbuan polis di premis-premis berkaitan GISBH, Musab berkata tempahan di hotel tersebut semakin merosot.
From Ikhwan Hotel to Musfa Hotel real quick 🤣
Credit 📹 owner https://t.co/8G81Vaj8tv pic.twitter.com/qhSDWO4qBl
— ~(⊙_⊙)~ (@firulfireblade) September 23, 2024
Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa kesemua pekerja hotel telah meletak jawatan. Musab menegaskan bahawa dia tidak mahu terlibat dengan GISBH lagi, dan itulah sebab utama dia menamatkan perkongsiannya dengan syarikat tersebut.
Kini, hotel itu dikendalikan oleh Musab bersama anak dan isterinya.