Hotel ‘ayam jantan’ gergasi, hanya RM338 penginapan satu malam

Photo of author

By Syima Iza

Hotel ‘ayam jantan’ gergasi, hanya RM338 penginapan satu malam.

Sebuah hotel yang berbentuk menyerupai seekor ayam jantan gergasi telah dibina di bandar Talisay, Tanah Tinggi Campuestohan, Filipina, lapor portal berita MSNews hari ini.

Bangunan setinggi 34 meter, 12 meter lebar, dan panjang 28 meter itu mencatat rekod dunia sebagai struktur ayam jantan terbesar.

Hotel 'ayam jantan' gergasi, hanya RM338 penginapan satu malam

Hotel tersebut mempunyai 15 bilik berhawa dingin yang dilengkapi dengan televisyen, pancuran mandian air panas, dan katil besar yang selesa, sesuai untuk tetamu berkumpulan atau keluarga.

Ciri tambahan hotel itu termasuk kolam ombak, pilihan tempat makan yang selesa, tiga kolam renang, serta beratus-ratus patung dinosaur dan watak kartun lain, demikian menurut akhbar Filipina, Philstar.

Bilik untuk empat orang berharga 4,500 peso (RM338) untuk penginapan satu malam, manakala bilik yang boleh memuatkan tujuh orang berharga 7,000 peso (RM526) semalam.

Menurut pemilik hotel, Ricardo Cano Gwapo Tan, beliau mendapat inspirasi untuk membina bangunan tersebut daripada aktiviti sabung ayam yang merupakan sumber pekerjaan besar di Filipina.

Hotel itu mengambil masa 456 hari untuk disiapkan, dengan kerja pembinaan tamat pada 8 September tahun ini.

Baca Lagi:
Ini cara buang lendir ikan keli dengan cepat, goreng pasti tak meletup!
Tak pernah tahu ‘buku merah’ Malaysia secantik ini bila di bawah UV Light
Lan Pet Pet bakal berhijrah ke Madinah, mahu dikebumikan di perkuburan Baqi