Honda Civic ‘lunyai’ kena bantai dengan besi, polis tahan enam lelaki

Honda Civic ‘lunyai’ kena bantai dengan besi, polis tahan enam lelaki

Honda Civic ‘lunyai’ kena bantai dengan besi, polis tahan enam lelaki. Enam lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Bintang, Miri, hari ini, telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, enam lelaki tersebut ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di kawasan letak kereta tingkat bawah kompleks beli-belah berkenaan.

Tiga video pergaduhan berkenaan turut tular dalam media sosial.

Honda Civic 'lunyai' kena bantai dengan besi, polis tahan enam lelaki

Menurut Alexson, kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 34 tahun itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Miri.

“Enam lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Tangkapan dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri susulan satu aduan diterima pada pukul 11 pagi hari yang sama,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Tiga klip video tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki merosakkan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih.

Sekumpulan lelaki tersebut turut dilihat merosakkan kereta itu menggunakan sebatang besi.

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca lagi:
Mayat remaja perempuan leher dijerut, separuh bogel ditemui dalam longkang
Pelajar tingkatan tiga cedera parah terjun bangunan sekolah
Sah! Tian Chua dipecat dari PKR
CATEGORIES