Honda City mangsa ‘sambung bayar’ kini dilelong RM2,000, lagi murah daripada RXZ!

Photo of author

By Syima Iza

Honda City mangsa ‘sambung bayar’ kini dilelong RM2,000, lagi murah daripada RXZ!

Pada akhir Oktober lalu, tular kisah seorang wanita yang merosakkan sebuah Honda City berwarna hijau selepas mendapati dirinya ditipu oleh pemilik asal kereta tersebut dalam urusan ‘sambung bayar’.

Keadaan kereta itu memang rosak teruk dengan kesemua tingkap cermin yang pecah, cermin sisi dipatahkan dan bahagian kabin dalam penuh dengan serpihan kaca cermin yang dipecahkan.

Honda City mangsa 'sambung bayar' kini dilelong RM2,000, lagi murah daripada RXZ!

Dalam satu hantaran Facebook pelabur hartanah terkenal di media sosial, Ishaq Marazi menyatakan kereta itu sedang dilelong.

“Kereta viral. Lagi murah daripada RX-Z. Lelong RM2,000. Honda City tahun 2008. On tak On?” katanya.

Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan oleh Ishaq, LOT 127 merupakan kereta Honda City 1.5 VTEC tahun 2008 bertransmisi automatik yang dilelong pada harga RM2,000.

Terdahulu, seorang wanita tular kerana merosakkan Honda City tersebut kerana berasa marah selepas tertipu dengan pemilik asal kereta itu.

Difahamkan, dia berbuat demikian selepas mendapati pemilik asal kereta Honda tersebut tidak membayar pinjaman kepada bank selama 8 bulan, walaupun wanita tersebut tidak pernah terlepas untuk membayar bulanan kepada pemilik asal.

Baca Lagi:
Wanita rayu pencuri pulangkan balik helmet beli dengan arwah bapa
Dulu jual air mangga di pasar malam, kini jadi usahawan hebat bisnes air buah
Khairul Aming malu 1 Malaysia tengok kad ‘Declined’ ketika beli barang untuk mangsa banjir