Hobi pelik, lelaki kumpul bangkai nyamuk tampal dalam buku, siap bagi nama dan tarikh kematian

Photo of author

By Syima Iza

Hobi pelik, lelaki kumpul bangkai nyamuk tampal dalam buku, siap bagi nama dan tarikh kematian.

Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas memiliki hobi unik iaitu mengumpul nyamuk yang ditangkap setiap hari, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi gambar yang dimuat naik di platform X oleh akaun adiknya @bbibibei, koleksi nyamuk tersebut ditampal dalam sebuah buku menggunakan pita pelekat.

Hobi pelik, lelaki kumpul bangkai nyamuk tampal dalam buku, siap bagi nama dan tarikh kematian

Setiap serangga itu turut diberikan nama dan tarikh ‘kematian’.

“Abang saya menangkap nyamuk pada setiap hari dan dia segera memberi nama,” kata adik lelaki tersebut di X.

Menurut adiknya, rumah mereka kerap diserang nyamuk tetapi dia tidak menyangka bahawa abangnya mempunyai hobi yang pelik.

Perkongsian itu menjadi tular di media sosial dengan rata-rata netizen terhibur dengan rutin hariannya.

“Bukan ‘Death Note’, tapi ‘Nyamuk Note’,” kata seorang netizen.

“Seorang ‘pembunuh’ yang suka mengabadikan pembunuhannya,” kata netizen lain.
Baca Juga:
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bersama pengawal peribadi dibunuh di Iran
KKM arah henti jual aiskrim campur ubat batuk Cap Ibu dan Anak
‘Tak masuk akal’ – Peniaga jual french fries 10 batang harga RM19 kena kecam