Hingga sekarang saintis tak dapat bongkar 5 misteri dunia yang kekal jadi tanda tanya

Photo of author

By Syima Iza

Hingga sekarang saintis tak dapat bongkar 5 misteri dunia yang kekal jadi tanda tanya.

Sains zaman sekarang ni memang makin maju dan disebabkan ini ramai saintis yang cuba untuk membongkar misteri dunia lebih-lebih lagi yang telah berlaku sejak beribu-ribu tahun lalu.

Pun begitu, dengan kemajuan dan teknologi sains yang ada sekarang ni, ada banyak lagi fakta sejarah yang masih tak mampu dijelaskan oleh saintis tau. Kalau korang nak tahu apa dia, jom baca dekat bawah ni.

1. Patung batu Moai di Pulau Easter

Hingga sekarang saintis tak dapat bongkar 5 misteri dunia yang kekal jadi tanda tanya

Pulau kecil yang terletak di Chile ini telah menyembunyikan misteri yang sangat besar. Di sana terdapat lebih kurang 887 patung batu Moai disekeliling pulau tersebut, setiap satu darinya mempunyai ketinggian 4 hingga 10 meter.

Namun apa yang membuat saintis tertarik adalah bagaimana patung batu ini boleh berada di sana. Pulau ini pertama kali didiami oleh manusia sebelum 900 Masihi. Tapi macam mana dorang boleh gerakkan patung-patung berat ni lebih-lebih lagi dengan sumber terhad yang dorang ada pada ketika itu.

Bagi mencipta semula senario yang mungkin berlaku pada ketika itu, para pengkaji telah membuat replika patung batu ini dengan ukuran dan berat yang sama dan menggunakan cara dan sumber yang ada pada ketika itu seperti tali, papan luncur dan tenaga manusia (beratus-ratus orang menyeret satu patung batu).

Namun usaha tersebut menemui jalan buntu dan keberadaan patung Moai ini masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

2. SS Ourang Medan

Hingga sekarang saintis tak dapat bongkar 5 misteri dunia yang kekal jadi tanda tanya

Misteri ini bermula apabila dua kapal Amerika telah menerima panggilan kecemasan dalam bentuk kod Morse dari kapal Belanda SS Ourang Medan. Peristiwa ini berlaku di antara Jun 1947 dan Februari 1948 namun tarikh sebenarnya tidak diketahui.

Mesej yang dihantar tersebut merupakan panggilan meminta bantuan dan mengatakan bahawa pegawai di atas kapal telah meninggal dunia. Kapal Silver Star kemudiannya telah pergi untuk membantu, namun bila mereka tiba, dorang temui kesemua krew kapal telah pun mati dalam keadaan kejung dan muka mereka seperti ketakutan.

Terkejut melihat keadaan kapal dan orang-orang di dalamnya, kapten Silver Star telah menunda kapal ini namun berlaku satu letupan di kawasan kargo SS Ourang Medan yang membuatkan kapal tersebut tenggelam dan turut membawa semua petunjuk yang boleh membantu menyelesaikan misteri kematian krew kapal bersamanya ke dasar laut Selat Melaka.

Salah satu teori mengenai kematian krew kapal adalah SS Ourang Medan telah membawa bahan kimia yang mungkin telah bocor dan melepaskan gas yang membuatkan mereka mati. Namun begitu, pergerakan yang berlaku semasa proses penundaan telah menyebabkan kapal ini meletup.

Walaupun kisah mengenai kapal SS Ourang Medan ini sangat popular, tak ada rekod yang membuktikan kapal dengan nama tersebut wujud dan sehingga hari ini bangkai kapal tersebut juga turut tak ditemui di Selat Melaka mahu pun tempat lain. Macam mana pulak cerita ni tiba-tiba muncul?

3. Epidemik menari tanpa henti di Perancis

Hingga sekarang saintis tak dapat bongkar 5 misteri dunia yang kekal jadi tanda tanya

Kalau korang nak tahu, pada 1518 telah berlaku satu epidemik luar biasa di mana seorang wanita telah menari seorang diri di tengah jalan di Perancis selama enam hari tanpa henti!

Tiba-tiba, tindakan wanita ini telah berjangkit dan ratusan orang mula menari tanpa henti walaupun ada di antara mereka yang mati akibat terlalu penat menari atau diserang sakit jantung.

Epidemik ini terhenti dengan tiba-tiba selepas sebulan orang-orang di jalanan menari dan mati tanpa henti dan mereka mula menjalani kehidupan mereka secara normal seperti tak ada apa yang berlaku.

Selama berabad cendekiawan masih mempersoalkan sama ada epidemik ini yang turut terjadi di beberapa bandar lain merupakan penyakit atau pun fenomena sosial. Kajian mengatakan epidemik ini berlaku kerana jangkitan budaya namun sains masih tak boleh nak sahkan apa sebenarnya yang berlaku pada ketika itu.

4. Manuskrip Voynich

Hingga sekarang saintis tak dapat bongkar 5 misteri dunia yang kekal jadi tanda tanya

Satu buku telah ditemui oleh pedagang buku-buku yang jarang ditemui, Wilfrid Voynich pada tahun 1912.

Buku tersebut merupakan satu manuskrip yang mempunyai ilustrasi dan diagram yang kelihatan seperti menerangkan pelbagai topik termasuk herba, astronomi, biologi dan perubatan.

Apa yang menjadi misteri adalah, manuskrip tersebut ditulis dalam bahasa yang tidak diketahui dan masih tak dapat ditafsir sehingga hari ini. Apa yang mereka tahu, manuskrip ini berasal di antara tahun 1404 dan 1438.

Selepas beberapa cubaan untuk mentafsir manuskrip Voynich ini gagal, ramai mengatakan yang mungkin manuskrip tersebut dibuat secara rahsia dan bukan untuk ditafsirkan. Alamak, takkan nak biar je?

5. Garisan Nazca

Hingga sekarang saintis tak dapat bongkar 5 misteri dunia yang kekal jadi tanda tanya

Garisan Nazca yang terletak di Peru ini telah ditemui pada 1927 dan telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1994.

Garisan misteri yang membentuk imej-imej pelik ini telah ditemui oleh seorang juruterbang Peru dan ahli arkeologi Toribio Mejia Xespe yang telah terbang di atas padang pasir Nazca.

Terdapat sebanyak lebih 13,000 garisan yang telah membentuk sebanyak 800 bentuk misteri dan ada di antaranya berukuran sejauh 65km panjang. Beberapa teori mengenai garisan ini telah dibuat antaranya mempunyai kaitan dengan agama dan makhluk asing.

Namun begitu, sehingga hari ini saintis masih tak ketahui macam mana garisan-garisan misteri ini boleh wujud.

Baca lagi:
Pekerja pembaca meter TNB sedekah ‘lolipop’ kepada kanak-kanak dapat pujian ramai
Dasyat betul, 36 saat dah KO! Jojo jaguh remaja Muay Thai negara tumbangkan Tabares tak sampai 1 minit
Suami isteri sanggup berpanas dan hujan jual nasi lemak RM1 demi biayai perubatan anak hidap sindrom Down