“Hina ke pesan air kosong?”- Wanita ‘Cut’ gula rasa dihina, pekerja kedai makan buat tak tahu ketika minta air kosong

Photo of author

By Syima Iza

“Hina ke pesan air kosong?”- Wanita ‘Cut’ gula rasa dihina, pekerja kedai makan buat tak tahu ketika minta air kosong.

Sudah menjadi kebiasaan, restoran akan dipenuhi pelanggan pada waktu puncak seperti makan malam. Ketika ini, perkhidmatan mungkin menjadi perlahan kerana pekerja restoran tidak menang tangan melayani pelanggan yang ramai.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial kerana pesanannya di sebuah restoran mengambil masa terlalu lama untuk tiba. Dia mendakwa terdapat unsur pilih kasih, di mana pekerja restoran lebih mengutamakan pesanan pelanggan lain.

"Hina ke pesan air kosong?"- Wanita 'Cut' gula rasa dihina, pekerja kedai makan buat tak tahu ketika minta air kosong
Gambar hiasan

“Hairan, makanan sampai dulu sebelum air. Saya ni sampai dah habis makan pun air tak siap lagi.

“Padahal saya dah order berkali-kali daripada pelayan, tetap air belum tiba ke meja saya.

“Saya faham, saya pesan air kosong sahaja, hina sangat ke? Mungkin mereka ingat saya nak berjimat, tapi sebenarnya saya tengah kurangkan pengambilan gula.

“Walaupun hal ini nampak remeh, tapi saya berkecil hati, rasa macam dipulaukan,” katanya dengan nada kecewa.

“Tak Boleh Layan Diri Ambil Air Kosong”

Wanita itu turut meluahkan rasa kesal apabila restoran tersebut tidak menyediakan servis layan diri untuk mengambil air kosong.

“Lagi geram, kedai tu tiada servis layan diri untuk ambil air kosong. Kalau restoran lain biasanya ada bekas air di tepi, kita boleh tadah sendiri guna cawan.

“Benda yang sepatutnya mudah jadi rumit pula. Nak ambil sendiri tak boleh, pesan pula tak sampai. Sampai rasa macam nak tercekik waktu makan,” katanya.

Netizen Cadangkan Bawa Air Sendiri

"Hina ke pesan air kosong?"- Wanita 'Cut' gula rasa dihina, pekerja kedai makan buat tak tahu ketika minta air kosong

Ruangan komen hantaran itu turut dipenuhi pelbagai cadangan daripada netizen, termasuk membawa bekal air kosong sendiri dari rumah.

“Mungkin kena order air yang lebih ‘gempak’ baru sampai, sis. Kalau nak tahu, antara sumber pendapatan utama restoran ialah daripada air bancuh.

“Kalau ramai order air kosong, restoran boleh hilang satu per tiga pendapatan daripada seorang pelanggan. Sebab itu teh o ais pun harga paling murah RM2.

“Kalau perasan, ada restoran yang caj 50 sen untuk air kosong. Jadi, mungkin lebih baik amalkan bawa air sendiri. Tak payah nak risau dipulaukan sebab order air murah,” komen seorang pengguna.

Situasi ini menonjolkan cabaran perkhidmatan restoran, terutamanya ketika waktu sibuk, selain isu keutamaan yang mungkin boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelanggan.

Baca Juga:
Pesawat pertama ‘Mengembara ke Masa Lalu’, berlepas tahun 2025, mendarat tahun 2024
Lelaki ugut bunuh Baby Shima dicekup polis
Ini senarai telefon tidak boleh guna aplikasi Whatsapp bermula January 2025