Hina Agong di Facebook,’ SamBanjar Perak’ dah kena cekup di Bera

Photo of author

By Syima Iza

Hina Agong di Facebook,’ SamBanjar Perak’ dah kena cekup di Bera.

Seorang lelaki ditahan selepas memuat naik hantaran berunsur hasutan ke atas Yang di-Pertuan Agong menerusi Facebook.

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan di Bera, Pahang hari ini susulan muat naik menggunakan akaun atas nama
@SamBanjar Perak.

Hina Agong di Facebook,' SamBanjar Perak' dah kena cekup di Bera

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek memuat naik hantaran berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes kini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah.

Mohd Shuhaily turut meminta masyarakat mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya membabitkan isu 3R yang merujuk agama, bangsa dan institusi diraja.

Baca Lagi:
3 tahun duduk free, tuan rumah hilang tak datang kutip sewa, individu ini ambil keputusan jual rumah di facebook
Akibat percaya kepada bomoh penarik wang, lelaki rugi RM22,000 duit bertukar jadi bantal
Pengantin minta ganti rugi RM4,900 gara-gara kasut Dior rosak terkena pita pelekat, sekali pengubah hantaran minta resit beli terus tak mahu bagi