Hilux baling besi dekat kereta peronda, 2 anggota polis cedera selepas MPV terbabas

Hilux baling besi dekat kereta peronda, 2 anggota polis cedera selepas MPV terbabas

Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda unit kereta peronda (MPV) dinaiki mereka terbabas ketika mengejar kenderaan suspek di Kilometer (KM) 215 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Taiping, Isnin lalu.

Dua anggota polis masing-masing berpangkat koperal dan lans koperal berusia 38 dan 29 tahun itu terbabit kemalangan apabila kereta peronda Honda Civic 1.8 dinaiki mereka melanggar objek besi yang dilempar daripada kenderaan Toyota Hilux dinaiki suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, kereta peronda berkenaan menerima arahan daripada pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi memberi bantuan kepada lima lagi kereta peronda MPV polis dari IPD Ipoh dalam usaha menahan kenderaan suspek.

Hilux baling besi dekat kereta peronda, 2 anggota polis cedera selepas MPV terbabas

Difahamkan, kenderaan suspek dikejar kereta peronda polis sejauh lebih 50 kilometer (km) dari Plaza Tol Ipoh Utara melepasi ke Plaza Tol Changkat Jering di Taiping.

Kenderaan MPV dinaiki dua anggota terbabit memberi amaran menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali, supaya suspek memberhentikan kenderaan namun tidak diendahkan sebelum bertindak melempar objek besi terbabit.

Objek besi yang dilemparkan ke arah MPV berkenaan bagaimanapun mengenai bahagian bawah kenderaan itu yang mengakibatkan hilang kawalan dan terus berpusing-pusing sebelum terbabas ke sebelah kiri laluan dan melanggar penghadang jalan.

Seorang anggota polis mengalami luka di kepala serta calar di kaki manakala rakannya sakit bahagian dada, tengkuk dan kecederaan kecil di tangan kanan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi hari ini mengesahkan mengenai kejadian itu.

Mohd Yusri berkata, suspek yang dikejar itu bagaimanapun lolos.

Baca Juga:
Bimbang tercurang, Hafiz Mahamad minta isteri sentiasa periksa telefon
Lembaga mata bercahaya tenung kamera dalam hutan jadi tanda tanya
Anak belasah ibu kandung dengan kunci stereng kereta sampai patah gigi
CATEGORIES