Hilang gaji RM783 juta setahun, gaya hidup mewah Neymar bakal berakhir

Photo of author

By Syima Iza

Hilang gaji RM783 juta setahun, gaya hidup mewah Neymar bakal berakhir.

Gaya hidup mewah Neymar mungkin akan terjejas susulan kontraknya bersama Al-Hilal yang berisiko ditamatkan akibat kecederaan berpanjangan.

Bintang Brazil itu menerima gaji sebanyak 138 juta pound (RM783.2 juta) setahun di Arab Saudi.

Hilang gaji RM783 juta setahun, gaya hidup mewah Neymar bakal berakhir

Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hanya beraksi tujuh kali dalam tempoh 15 bulan kerana kecederaan lutut.

Tempoh rehat akibat kecederaan digunakan sebaik-baiknya oleh Neymar untuk menikmati gaya hidup mewah yang diperolehnya hasil gaji lumayan di Arab Saudi. Neymar juga dalam proses membeli sebuah pulau bernilai 7 juta pound (RM39.7 juta) di Brazil.

Selain itu, dia juga tidak melepaskan peluang untuk bergaul mesra dengan selebriti-selebriti dalam acara-acara sukan utama yang diadakan di Arab Saudi.

Baca Juga:
Tak pernah tahu ‘buku merah’ Malaysia secantik ini bila di bawah UV Light
Imam meninggal dunia ketika sedang melakukan sujud sajadah
Wanita cantik sedih kene tinggal di R&R