Hilang 4 anak sekaligus, ibu kucing tak berganjak depan rumah undang sebak

Hilang 4 anak sekaligus, ibu kucing tak berganjak depan rumah undang sebak

Hilang 4 anak sekaligus, ibu kucing tak berganjak depan rumah undang sebak. Mendengar teriakan dan menyaksikan anak-anak terperangkap dalam kebakaran merupakan satu momen yang cukup menyayat hati.

Demikian situasi dilalui seekor ibu kucing yang setia menunggu di hadapan sebuah rumah sambil melihat api sedang marak.

Difahamkan anak-anak si ibu kucing itu terperangkap di dalam rumah ketika kebakaran membabitkan sebuah rumah teres di Seri Iskandar Business Centre, Seri Iskandar, Perak.

Hilang 4 anak sekaligus, ibu kucing tak berganjak depan rumah undang sebak

Lebih menyentuh perasaan apabila suara teriakan empat ekor anak kucing yang terperangkap itu jelas kedengaran menerusi video yang dikongsikan di TikTok @kacangkobis.

Menurut pemilik akaun itu, dia berasa bersalah terhadap haiwan berkenaan kerana tidak mampu menyelamatkan anak-anaknya.

“Hilang empat anak sekali gus. Minta maaf tak sempat nak selamatkan anak kamu wahai kucing,” tulisnya pada video itu.

Beberapa letupan kecil akibat litar pintas ketika api sedang marak menyebabkan orang ramai yang berada di luar rumah tidak mampu untuk membantu.

Momen si ibu kucing yang tidak berganjak daripada kedudukannya di luar rumah amat memilukan.

Hantaran dibuat lelaki itu meraih lebih 1.6 juta jumlah tontonan di TikTok.

Berdasarkan muat naik terkini, individu berkenaan berkongsi beberapa keping foto si bulus itu masuk ke dalam rumah selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Ibu kucing itu kelihatan seperti tercari-cari anaknya.

Seperti dijangka perkongsian berkenaan mengundang sebak dan rasa simpati dalam kalangan netizen tatkala mengenangkan nasib si ibu kucing yang kehilangan semua anak-anaknya serentak.

“Ibu… ibu cari anak ibu ke? Anak-anak ibu ada dekat syurga. Ibu jangan sedih ya.

“Dia tak tinggal pun. Setia menunggu sampai api padam.

@kacangkobis Minta maaf ya Allah hambamu hanya mampu melihat🙏🏼😔#fy #fypシ #kucing ♬ Ya Allah – Wali

Baca Lagi:
Ibu muda cekik, tekup bayi dengan bantal selepas bermalam dengan kekasih
Kerana ingin besarkan jalan, tergamak roboh masjid bersejarah
Lelaki berusia 53 tahun jadi penagih selepas belajar hisap dadah daripada anak
CATEGORIES