“Hidup ini keras”- Lelaki patah kaki tebar roti canai raih perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

“Hidup ini keras”- Lelaki patah kaki tebar roti canai raih perhatian ramai.

Seorang penebar roti canai mencuri perhatian pelanggan apabila tetap gigih menebar roti dalam posisi terkangkang, meskipun kaki kanannya patah dan disimen.

Menerusi hantaran TikTok oleh @udinpakku, seorang lelaki dilihat tekun menebar roti canai sambil kaki kanannya yang disimen disandarkan di atas tong gas.

"Hidup ini keras"- Lelaki patah kaki tebar roti canai raih perhatian ramai

Pada saat ke-17 dalam video tersebut, lelaki itu dengan penuh ketabahan menurunkan kakinya ke lantai dan mengesot ke hadapan untuk membalikkan roti canai yang sedang dimasak di atas pemanggang.

Hantaran itu mendapat perhatian meluas di media sosial, dengan rata-rata netizen terhibur dengan aksi bersahaja lelaki tersebut, namun pada masa yang sama kagum dengan semangatnya untuk terus bekerja walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

“Cara orang yang betul-betul nak cari rezeki. Selagi tak gagal tulang yang lain, dia kayuh juga. Semoga cepat sembuh, bang,” tulis pengguna bernama AnakPanah.

“Semangat yang kuat. Ada sesetengah orang sihat walafiat pun malas nak kerja,” komen Amerreca.

“Hidup ini keras. Kaki dah berbalut pun kena kerja,” tambah Azlina.

@udinpakku 🤣#fypシ゚viral ♬ original sound – pakkuu🫧

Baca Juga:
Tular dua lelaki jalan kaki dari Malaysia ke Mekah untuk tunai Haji tahun 2025
Hukum kumpul patung Labubu bagi umat Islam yang ramai belum tahu
Apa dah jadi dengan budak zaman sekarang?, cikgu pening tanda kertas exam pelajar