‘Hello Jeming ko buat apa, hahh menganggur?’ – Diva AA call Azmin Ali tanya khabar

Photo of author

By Syima Iza

‘Hello Jeming ko buat apa, hahh menganggur?’ – Diva AA call Azmin Ali tanya khabar. Sejakkalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), agak jarang sebenarnya kisah mengenai bekas Ahli Parlimen Gombak, Selangor iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikongsikan kepada umum.

Umum mengetahui, Azmin merupakan abang kepada selebriti sensasi iaitu Azwan Ali.

Utusantv berpeluang menemu bual Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang terbuka bercerita tentang kehidupan terbaharu abangnya sejak tewas pada PRU-15 dan tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

'Hello Jeming ko buat apa, hahh menganggur?' - Diva AA call Azmin Ali tanya khabar

“Saya memang tak ada masalah dengan keluarga Azmin termasuklah anak-anaknya. Isteri dia iaitu Datin Seri Shamsidar Taharin juga seorang yang sangat baik sehingga ke hari ini dan sering ajak saya datang ke rumah.

“Tapi dengan Azmin tak ada peluang untuk berborak atau berhubung dengan dia. Nombor telefon dia ada tapi saya rasa tak perlu kot.

“Tak apalah dia dengan dunia dia. Cuma Azmin Ali senyap sedikitlah sekarang ini. Dia buat apa ya? Semua orang tertanya-tanya apa Azmin Ali buat.
“Cuba telefon dia. Hello kau buat apa? Haa… menganggur tak ada ‘job’?!. Haa… dia pun tak ada kerja, nak kata apa?,” ujarnya.

Dalam pada itu, Diva AA juga menyuarakan rasa bangga kerana pernah meramalkan jika Azmin Ali akan kalah dari mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU-15.

Malah, Diva AA juga telah membuat keputusan menarik diri pada saat akhir daripada bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Gombak.

@utusantvofficial Jemin kau buat apa 😁. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #divaaa #azminali #urtv ♬ original sound – UtusanTV

“Saya berbangga sebab pernah ‘kak nam kan’ Azmin Ali masa PRU-15 baru-baru ini. Mulut saya memang puaka padahala mulut-mulut santai saja mengatakan Azmin Ali akan kalah.

“Kalah betul dik! Padahal Gombak itu kawasan dia. Kau fikir dan tengoklah. Masin mulut saya. Semua dah berlaku.

“Cuma saya harap Azmin Ali dengan dunia dia. Diva AA dengan dunia sendiri. Saya akan pergi ke majlis-majlis yang penuh dengan artis. Tak kisahlah sangkak ke tak sangkak, janji ‘happening’.

“Azmin Ali memang Diva AA tak campur. Kau sekolah tak?! Tak campur bermaksud, dia dengan dunia dia. Kita jangan kacau. Lantak dialah nak Bersatu ke apa,” katanya.

Azmin kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Selangor dari parti Bersatu.

Baca Lagi:
Pegawai bank buat kad kredit guna maklumat pelanggan menyebabkan bank rugi RM536k
Bila kantung negara cukup baik, saya akan utamakan penjawat awam – PM Anwar
‘Dah sedap makan, tak nak bayar pula’ – Restoran seafood rugi lebih RM700, pelanggan cabut lari