Helikopter dinaiki Presiden Iran terhempas

Helikopter dinaiki Presiden Iran terhempas

Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, bersama sejumlah pegawai kanan dilaporkan terhempas di barat laut Iran, hari ini.

Setakat ini, belum ada maklumat lanjut berhubung sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan ataupun kerosakan dalam insiden berkenaan, menurut laporan Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Raisi dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perasmian empangan di sempadan Iran-Azerbaijan, apabila helikopter yang dinaikinya itu terhempas ketika mahu mendarat di wilayah Varzaqan.

Helikopter dinaiki Presiden Iran terhempas

Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian; Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati; Imam Solat Jumaat di Tabriz, Hojjatoleslam Al Hashem; dan beberapa pegawai lagi dipercayai turut berada dalam helikopter berkenaan, menurut laporan itu.

Menurut koresponden IRNA, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerahkan ke lokasi kejadian dengan operasi SAR sedang giat dijalankan.

Cuaca berkabus dan keadaan kawasan terbabit yang sukar dilalui menyebabkan operasi SAR itu berdepan kesulitan.

Baca Juga:
Sarjan Faridah anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Lelaki cuba serang anggota polis Balai Dato Keramat ditahan
Teresa Kok terima ugutan bunuh, peluru serta nota “C*b*ilu Cina?!!! Lu Akan Mati!!! TUNGGU!!!” ditemui dalam sampul surat
CATEGORIES