Hebat lelaki ini, tangkap buaya hanya guna tong sampah!.
Baru-baru ini tular satu video mengenai seorang lelaki yang berani berhadapan dengan seekor buaya kecil yang dipercayai telah ‘melawat’ kawasan rumahnya di Florida.
Lelaki yang dikenali sebagai Eugene Bozzi itu dilihat memerangkap buaya tersebut ke dalam tong sampah.
Walaupun dilihat tidak masuk akal, namun taktiknya itu berjaya memerangkap reptilia tersebut. Pada awalnya, buaya itu dilihat berundur kerana mungkin merasakan bahawa tong sampah itu merupakan ancaman baginya.
Melihat reaksi buaya itu, Bozzi terus melakukan ‘provokasi’ dan berjaya memasukkan buaya itu ke dalam tong sampah.
Bruh said by any means necessary.🤔😂 🐊 pic.twitter.com/V89Sy0auce
— Jimmy 🖤💙✨ (@MajorFactor2) September 29, 2021
“Seseorang perlu melakukan sesuatu, saya tidak tahu prosedur yang betul untuk menangkapnya, jadi saya melakukannya dengan cara saya sendiri,” kata Bozzi kepada NBC News.
When he came back for the garbage can I perished
Don’t blame him though they’re over $100 😂 pic.twitter.com/Bg6tG9HAK4
— Qondi (@QondiNtini) September 30, 2021
Menurutnya, sejak video itu tular, dia telah mendapat banyak kiriman mesej daripada warganet yang memuji tindakannya.
Sementara itu, dalam satu video lain yang juga dimuatnaik oleh pengguna Twitter, Bozzi dilihat telah melepaskan buaya tersebut di kawasan tasik.