Hebat Kota Bharu ni, petrol pun boleh habis!

Hebat Kota Bharu ni, petrol pun boleh habis!

Seorang pengguna meluahkan rasa tidak puas hati setelah mengalami kesukaran untuk mengisi minyak di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi video berkenaan yang tular di Facebook, hampir semua pam di stesen minyak yang disinggahinya kehabisan minyak.

“Hebat Kota Bharu ni, petrol pun boleh habis,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat isu kehabisan minyak itu tidak perlu diperbesarkan sehingga menimbulkan salah faham.

Hebat Kota Bharu ni, petrol pun boleh habis!

Menurut Ahmad Hilmi, kejadian tersebut merupakan perkara biasa terutamanya di Kelantan apabila tiba musim perayaan.

“Tidak pelik kalau minyak habis pada musim perayaan kerana peningkatan kenderaan ke negeri Kelantan.

“Kadang-kadang, stesen minyak tengah-tengah lebuh raya pun boleh alami masalah sama kerana banyak sangat kenderaan,” kata Ahmad Hilmi.

Menurut Nik Azahar, perkara tersebut berlaku bukanlah kerana kekurangan bekalan tetapi mungkin disebabkan kesalahan stesen minyak itu sendiri.

“Nak beli minyak bukannya boleh pesan dalam talian sahaja. Kena ada duit barulah minyak sampai.

“Kalau tak ada duit, tak adalah minyak,” katanya.

“Ini semua sebab ramai sangat balik kampung,” kata Zaimah.

Baca Juga:
*Hanya belajar dari you tube, pak guard selamba main piano lagu ‘Golden Hour’ buat netizen terkejut
Ikan berwajah ‘hantu’ dengan mulut terbuka, mata terbeliak ke atas ditemui di pantai
Ramai kecewa Siti Nurhaliza berkongsi pentas dengan David Foster
CATEGORIES