Hati-hati dengan warga asing dari Dubai ‘kaki pau’ di RnR

Photo of author

By Syima Iza

Hati-hati dengan warga asing dari Dubai ‘kaki pau’ di RnR.

Seorang pengguna menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah warga asing ketika sedang berehat di kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya.

Menurut hantaran tular di laman Twitter, pengguna tersebut menceritakan bahawa dia telah didekati oleh seorang lelaki dari Dubai yang ditemani oleh isteri dan anak perempuan ketika berhenti di R&R Behrang.

Hati-hati dengan warga asing dari Dubai 'kaki pau' di RnR

“Mula-mula, lelaki tersebut tanya sama ada saya boleh berbahasa Inggeris atau tidak. Katanya, mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

“Namun, mereka minta pinjam wang daripada saya. Katanya, kad tidak boleh digunakan kerana telah disekat,” katanya.

Menurut wanita tersebut, lelaki itu menjelaskan dia terpaksa menebalkan muka dan meminta tolong daripada orang yang tidak dikenali kerana terdesak.

“Pada waktu itu, saya dah rasa semua ini ‘scam’. Tapi, lelaki tersebut berpakaian kemas. Anak dan isterinya pula senyap sahaja. Rasa kasihan juga.

“Jadi, saya berikan RM20 kerana kasihan. Tetapi, lelaki itu tiba-tiba ‘buat muka’ dan terus beredar,” katanya.

Tambah wanita tersebut, dia sudah menyangka lelaki itu adalah ‘scammer’. Namun, alangkah terkejutnya mereka sekeluarga apabila terserempak dengan lelaki sama di R&R seterusnya.

“Kami terpaksa berhenti sekali lagi untuk tambah nilai kad Touch n’ Go. Tiba-tiba, kami ternampak lelaki yang sama cuba untuk meminta wang daripada orang lain pula.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk tangkap video dan tanya lelaki tersebut dan minta kad pengenalannya. Saya minta balik duit RM20 yang diberikan dan dia pulangkan semula.

“Katanya, saya bagi RM20 sahaja bukannya RM2,000,” ujar wanita tersebut dalam hantaran sama.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 406 tanda suka dan 76,400 tontonan.

Baca Lagi:
3 tahun duduk free, tuan rumah hilang tak datang kutip sewa, individu ini ambil keputusan jual rumah di facebook
‘Adik sayang mama sangat’ – Kata-kata terakhir juruterbang pesawat terhempas
Hina Agong di Facebook,’ SamBanjar Perak’ dah kena cekup di Bera