Hasil menabung selama 3 tahun, peniaga apam balik beli rumah guna duit syiling

Hasil menabung selama 3 tahun, peniaga apam balik beli rumah guna duit syiling

Tindakan seorang penjual apam balik di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur, yang membeli sebuah rumah menggunakan duit syiling viral di media sosial, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Dalam rakaman video kejadian tersebut, seorang lelaki bernama Imam terlihat membawa sekitar empat botol air besar yang dipenuhi dengan duit syiling.

Duit syiling tersebut merupakan tabungan hasil jualan apam balik selama tiga tahun.

Hasil menabung selama 3 tahun, peniaga apam balik beli rumah guna duit syiling

Semua syiling tersebut digunakan untuk membayar deposit rumah yang ingin dibeli.

Lebih mengejutkan lagi, jumlah keseluruhan syiling tersebut mencecah 46 juta rupiah (RM13,535.76), lebih daripada cukup untuk membayar wang muka pembelian rumah.

Rakaman mengenainya yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dianajlndr menarik perhatian orang ramai.

“Macam mana boleh konsisten?!?! Aku ada duit sikit pun terus guna untuk jajan,” kata seorang netizen.

@dianajlndr Nih gaisss yg punya tabungan uang koin 🔥🤩 @MT TERBUL 777 LAKALAKA @Jaya Tentram Makmur Bersaudara #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #perumahansubsidi #perumahanbanyuwangi #perumahanbanyuwangikota ♬ suara asli – Dianajlndr

Baca Juga:
Lelaki bunuh isteri, daging dikerat-kerat dan bagi ke jiran tetangga
Esther terpaku bertentang mata dengan Zii Jia
Ramai yang tak tahu dengan hanya bermodalkan RM1 boleh shopping di Shopee
CATEGORIES