Hasil memancing di The Mines, adik nie dapat tangkap ikan besar

Photo of author

By Syima Iza

Hasil memancing di The Mines, adik nie dapat tangkap ikan besar. Tindakan memancing di sebuah kompleks beli-belah The Mines, Seri Kembangan oleh beberapa kanak-kanak curi perhatian ramai selepas video mereka dimuat naik di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 1 minit 43 saat yang dimuat naik pengguna Twitter Abudi Alsagoff itu menyaksikan kanak-kanak terbabit berjaya menaikkan seekor ikan patin berukuran besar berhampiran kolam di kompleks tersebut.

Rata-rata pengguna Twitter menyifatkan kanak-kanak itu sebagai berani kerana ia merupakan kawasan larangan memancing.

Hasil memancing di The Mines, adik nie dapat tangkap ikan besar

“Pergh, kau memang berani dik, dulu orang pancing curi-curi pun dekat tasik sebelah shopping mall,” kata Khairul Nizam.

“Eh boleh memancing ke dekat situ? biasa orang memancing dekat sebelah tasik tu, ini memang berani,” kata Azriman.

“Dekat The Mines, genggam roti, celup tangan mesti ikan makan, semua ikan lapar di situ,” ujar natizen lain.

Dalam pada itu, netizen lain turut melahirkan kerisauan terhadap tahap keselamatan kanak-kanak tersebut ketika memancing di kawasan tersebut.

“Nanti kalau terjatuh dan berlaku apa-apa dipersalahkan pengurusan,” luah Sudheeepritch.

“Aku yang tengok pun seram, kalau dia jatuh dalam itu nanti,” ujar blackyjez.

Video tersebut meraih 135,000 tontonan dengan 2,283 tanda suka serta 1,093 ulang ciap.

Baca Lagi:
Wanita terkejut lihat arwah suami masih hidup dalam video promosi restoran
Pemancing terpaksa makan sotong hidup, bertahan selama 14 jam hanyut di laut
Dua lelaki bersenjatakan parang samun kedai makan diburu polis