Harga Diesel naik dari RM2.15 terus kepada RM3.35 bermula 12 malam ini

Photo of author

By Syima Iza

Bermula tengah malam ini, harga diesel di stesen runcit di seluruh Semenanjung Malaysia ditetapkan pada harga RM3.35 sen seliter.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata, harga diesel tanpa subsidi itu ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam ini (Isnin).

Harga Diesel naik dari RM2.15 terus kepada RM3.35 bermula 12 malam ini

“Harga diesel itu diumumkan setiap minggu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM),” katanya.

Baca Juga:
Misteri kehilangan Farida terjawab selepas suami belah perut ular sawa
Pesara kerajaan rugi RM44,500 selepas diugut sebar video bogel
Wanita sakit mental cuba bunuh diri diselamatkan orang awam