Hanya tidak berdiri tegak semasa perhimpunan punca guru lempang murid

Photo of author

By Syima Iza

Hanya tidak berdiri tegak semasa perhimpunan punca guru lempang murid.

Jabatan Pendidikan negeri (JPNT) sedang menjalankan siasatan dakwaan seorang guru bertindak memukul murid di sebuah sekolah rendah di bandar ini, semalam.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) JPNT, Azman Othman @ Abdullah, berkata pihaknya tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes itu masih dalam siasatan.

Hanya tidak berdiri tegak semasa perhimpunan punca guru lempang murid

“Kita mengesahkan tindakan awal sudah dilakukan selepas menyaksikan video yang ditularkan melalui Facebook (FB) berdurasi 41 saat seorang guru memukul kepala dan menolak seorang murid di sekolah itu.

“Kita difahamkan kejadian itu dikatakan berlaku di dewan perhimpunan ketika perhimpunan diadakan sempena program cegah rokok dan vape, kira-kira jam 10 pagi, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Video berdurasi selama 41 saat seorang guru memukul kepala dan menolak seorang murid tular dan ditonton kira-kira 35,000 orang dan mendapat 4,799 komen serta dikongsi 5,749 pengikut sejak disiarkan semalam.

Difahamkan, video insiden itu dirakamkan guru daripada sekolah berkenaan dan dimuat naik melalui FB sejak semalam.

Turut difahamkan, guru berkenaan memukul kepala dan menolak murid atas kesalahan tidak berdiri tegak ketika perhimpunan itu diadakan.

Guru yang merakam video itu dikatakan tidak bersetuju dan kurang senang dengan tindakan dan kaedah pentadbiran sekolah berkenaan.

Seorang guru yang enggan namanya disiarkan berkata, dua murid lelaki yang hanya melakukan kesalahan tidak berdiri tegak dipukul guru berkenaan pada perhimpunan.

“Biarlah nak saman atau nak kena apapun, kita nak muat naik juga, tiada niat nak buka aib, tetapi untuk dijadikan peringatan kepada orang.

“Mu cikgu ke, guru besar ke atau penolong kanan (PK), tak kisahlah, kita bukannya bertujuan nak mengaibkan, tetapi dia yang mengaibkan diri sendiri,” komen beberapa pengikut FB berkenaan.

Seorang lagi pengikut FB secara ringkas berkata, pendidik harus terdidik.

Di Putrajaya, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan kejadian seorang guru didakwa mengasari seorang murid ketika penganjuran majlis rasmi di sekolah.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, golongan pendidik dinasihati sentiasa memelihara etika dan menjunjung tinggi martabat serta profesionalisme perguruan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera.

“KPM komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Baca lagi:
Tular video guru besar tampar murid dalam majlis undang kecaman ramai
“Baru sahaja hendak tinjau ‘port’ untuk letakkan joran” – Pekerja kilang disapa Pak Belang lari tak cukup tanah
Beli nasi beriani ayam dapat nasi beriani tanpa ayam, pelanggan bengang saman restoran