Hanya tak bagi signal, warga emas dibelasah sampai lebam mata, patah tulang

Hanya tak bagi signal, warga emas dibelasah sampai lebam mata, patah tulang

Hanya tak bagi signal, warga emas dibelasah sampai lebam mata, patah tulang.

Polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul seorang warga emas dalam kejadian kes buli jalan raya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff (gambar) berkata, suspek seorang warga tempatan berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang semalam oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang.

Hanya tak bagi signal, warga emas dibelasah sampai lebam mata, patah tulang

“Permohonan reman ke atas suspek sudah dibuat di Mahkamah Majistret Sepang, dan dia akan direman bermula hari ini hingga Jumaat,” kata Wan Kamarul Azran dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, suspek yang bekerja sendiri mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Kata Wan Kamarul Azran, pihaknya menerima laporan daripada seorang warga emas berusia 73 tahun pada 30 Januari lalu bahawa dia dipukul seorang lelaki di hadapan sebuah klinik swasta di Taman Tasik Puchong Prima, dekat sini.

Ketika kejadian, pengadu sedang memandu dari arah Brickfields ke Putra Perdana untuk bertemu seorang rakannya.

Bagaimanapun, dia kemudiannya ditahan suspek ketika berada di Puchong Prima lalu dipukul kerana dikatakan tidak memberi lampu isyarat ketika membelok di simpang jalan.

Menurut keterangan pengadu, suspek turut mengeluarkan perkataan kesat ‘engkau ni bodoh, tak pandai bagi signal’ lalu memukul di bahagian muka, kepala dan rusuk mangsa.

“Selepas meneruskan perjalanan, suspek terus mengekori mangsa dan ketika tiba di hadapan kedai bakeri di Putra Perdana kira-kira satu kilometer dari lokasi sebelumnya kenderaan mangsa telah disekat dan suspek sekali lagi menarik mangsa keluar dari kenderaan lalu menumbuk di bahagian mata dan menendang badan mangsa bertubi-tubi,” kata Wan Kamarul Azran.

Hasil pemeriksaan mendapati, pengadu mengalami kecederaan bengkak di bahagian kepala, lebam mata kiri dan patah tulang pipi kiri serta patah tulang mata kiri.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun dan denda.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menyaksikan kejadian itu boleh menyalurkan maklumat kepada balai berdekatan atau menghubungi IPD Sepang di talian 03- 8774222 bagi membantu siasatan.

Baca Juga:
Taib Mahmud ‘Dilarikan’ isteri dari ICU hospital tanpa kebenaran, pegawai kesihatan lapor polis
Isteri mengidam wagyu Las Vegas, bilionair Dubai sanggup terbang 12,000km
Budak perempuan 12 tahun lari minta bantuan guru setelah didera ibu tiri
CATEGORIES