Hanya kerana RM1.47, wanita dedah hidup seperti ‘neraka’ selama 10 tahun

Photo of author

By Syima Iza

Seorang gadis nekad membuat pendedahan secara terbuka selepas mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual selama 10 tahun, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Perkongsian yang dimuat naik di platform X itu mengundang perhatian netizen dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya, gadis bernama Nimas Runeh Sabella mendedahkan bahawa dia diganggu oleh rakannya yang pernah belajar di sekolah yang sama.

Hanya kerana RM1.47, wanita dedah hidup seperti 'neraka' selama 10 tahun

Nimas berkata, dia pernah memberikan wang sebanyak 5,000 rupiah (RM1.47) kepada lelaki itu untuk membeli makanan.

Namun, pemberian wang itu menjadi permulaan kejadian yang tidak diingini oleh seorang wanita.

“Saya hanya berikan dia wang 5,000 rupiah, dia memberikan saya ‘neraka’ selama 10 tahun,” kata Nimas.

Selain mengajak Nimas berkahwin, lelaki itu dikatakan kerap menghantar gambar tidak senonoh.

Dia juga didakwa sanggup membuka akaun Instagram dan X yang baharu untuk mengganggu Nimas.

Baca Juga:
Bekas pemain Harimau Malaya hanya jual pisang raih RM100,000 sebulan
Netizen minta Fathia Latiff segera dapatkan rawatan selepas muat naik foto wanita tak berbaju
Remaja hilang selama 26 tahun ditemui masih hidup, dikurung jiran hanya 100 meter dari rumah