Hanya bermodalkan RM180, abang ni siapkan penyidai DIY paip PVC buat bini tersayang

Photo of author

By Syima Iza

Hanya bermodalkan RM180, abang ni siapkan penyidai DIY paip PVC buat bini tersayang.

Setiap orang mempunyai cara yang berbeza ketika menunjukkan kasih sayang dalam kehidupan berumah tangga.

Ada yang menggunakan kata-kata dan ada juga yang memberikan hadiah berharga kepada pasangan.

Hanya bermodalkan RM180, abang ni siapkan penyidai DIY paip PVC buat bini tersayang

Terkadang si isteri tidak memerlukan hadiah serba mewah untuk membahagiakan mereka, cukup sekadar tanda ingatan dan perkara yang membuatkan mereka tersenyum.

Demikianlah apa yang dilakukan oleh seorang lelaki yang berkongsi cara dia membahagiakan isterinya.

Bukan hadiah mewah, tetapi cukup sekadar penyidai yang di DIY olehnya menggunakan batang paip PVC.

Mungkin tidak semahal hadiah orang lain, tetapi usaha gigih untuk menyiapkan penyidai itu juga menjadi salah satu cara dia menunjukkan kasih sayang buat isteri.

Perkongsian menarik itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @abangmetakaren.

“Bermodalkan kemahiran ekonomi rumah tangga, kita cuba,” tulis kapsyen perkongsian muat naik tersebut.

Bermodalkan RM180 penyidai DIY paip PVC siap tegap berdiri

Menurut @abangmetakaren, dia hanya memerlukan modal sebanyak RM180 sahaja untuk menyiapkan penyidai paip PVC itu.

Ukuran saiz penyidai itu adalah 5 kaki panjang dan tinggi serta 4 kaki lebar. Manakala saiz paip PVC yang dipilih dan digunakan pula adalah bersaiz satu inci.

Apa yang lebih menarik, penyidai itu juga dipasang dengan roda supaya mudah untuk digerak atau dialihkan.

Kata @abangmetakaren, dia pernah menghasilkan penyidai yang sama 10 tahun lepas dan masih bertahan sehingga ke hari ini.

Perkongsian menarik itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Mereka juga dilihat telah meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian tersebut.

“Bos minta izin save gambar. Boleh buat ilham ni,” tulis seorang pengguna yang meminta izin untuk menggunakan kaedah DIY lelaki tersebut.

“Okay saya dah dapat idea buat penyidai. Terima kasih share,” tulis seorang lagi pengguna.

Begitulah serba sedikit perkongsian cara menghasilkan penyidai PVC secara DIY. Caranya sangat mudah dan anda boleh cuba sendiri. Semoga bermanfaat.

Baca Juga:
Lelaki kongsi perjalanan turun berat dari 130kg ke 78kg, hilang 52kg!
Kejam! Kucing dibuang dalam beg bagasi, terperangkap lebih 6 jam sebelum dijumpai
Tak sampai 2 jam, tiket konsert Siti Nurhaliza di Singapura ‘sold out’