Hanya ada di Kelantan, Farmasi pertama di Malaysia buat laluan ‘Drive Thru’

Photo of author

By Syima Iza

Hanya ada di Kelantan, Farmasi pertama di Malaysia buat laluan ‘Drive Thru’.

Sebuah farmasi di Kubang Kerian, Kelantan telah memperkenalkan fasiliti pandu lalu atau drive-thru bagi memudahkan orang ramai mendapatkan ubat-ubatan.

Baru-baru ini, seorang TikToker, @nasnazir_official, telah berkongsi pengalamannya mendapatkan ubat di farmasi tersebut. Menerusi video yang dikongsikannya, bangunan farmasi itu dilengkapi laluan drive-thru yang serupa dengan konsep yang digunakan oleh kedai makanan segera.

Hanya ada di Kelantan, Farmasi pertama di Malaysia buat laluan 'Drive Thru'

Fasiliti ini mempunyai hentian pertama di mana pelanggan berhenti untuk membuat pesanan ubat.

Seterusnya, di hentian kedua, pelanggan boleh membuat bayaran dan mendapatkan ubat yang dipesan. Pada masa yang sama, pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi yang bertugas.

Fasiliti ini bukan sahaja memudahkan urusan orang ramai, malah menjimatkan masa, terutama bagi mereka yang sudah mengetahui jenis ubat yang ingin dibeli.

Pelanggan tidak perlu turun dari kenderaan untuk masuk ke dalam farmasi. Dalam tempoh kurang lima minit, ubat-ubatan sudah boleh diperoleh hanya melalui tingkap kaunter.

@nasnazir_official Tahniah Kelantan. Aku Je ke Yang Baru tahu.. #superbigpharmacykubangkerian #drivethrupharmacy #kubangkerian #kelantan @ahmadffz #nasnazir #nasnazir_official ♬ original sound – Nas Nazir

Menurut video TikToker @nasnazir_official, farmasi tersebut mula beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam. Namun, perkhidmatan drive-thru dilanjutkan sehingga 12.00 tengah malam.

Ramai netizen memuji usaha farmasi di Kelantan ini kerana memudahkan urusan pembelian ubat-ubatan.

Difahamkan, farmasi dengan perkhidmatan drive-thru ini mula diperkenalkan sewaktu pandemik COVID-19 yang lalu sebagai inisiatif untuk memudahkan orang ramai mendapatkan keperluan tanpa perlu memasuki premis.

Baca Juga:
Warga emas selamba beli barang dapur guna duit mainan
Tak mahu mengalah, 2 wanita bergaduh tarik rambut berebut kerusi
Farmasi di Kelantan sediakan laluan ‘Drive Thru’ dapat pujian netizen