Hanya 13 saat, penampilan Hannah Yeoh sebagai penyampai berita buat netizen kagum

Hanya 13 saat, penampilan Hannah Yeoh sebagai penyampai berita buat netizen kagum

Hanya 13 saat, penampilan Hannah Yeoh sebagai penyampai berita buat netizen kagum. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjadi pembaca berita untuk satu program di salah sebuah stesen televisyen.

Video tersebut telah dimuat naik oleh Yeoh sendiri di laman TikTok telah meraih perhatian warganet.

Menurut Yeoh, menjadi pembaca berita adalah salah satu impiannya sejak berada di bangku sekolah.

Hanya 13 saat, penampilan Hannah Yeoh sebagai penyampai berita buat netizen kagum

“Penampilan khas 13 saat sebagai penyampai berita (cita-cita dahulu) di Astro Arena selepas program khas di sana,” tulis Yeoh.

Di ruangan komen, wargamaya memuji cara Yeoh sebagai pembaca berita dan ada juga warganet yang memberitahu Yeoh membuatkan mereka teringat dengan guru berbangsa Cina ketika di sekolah dahulu.

“Yesss, menjadi YB. Saya tengok berulang-ulang.

“Teringat cikgu kelas saya dulu masa SJK(C), terbaik YB.

“Fuhhh bahasa dia, lancar kalah pembaca berita. Teruskan YB,” komen netizen.

Baca Lagi:
Hotpot meletup sekeluarga melecur, pemilik hanya bayar ganti rugi RM4000
Bintang Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh catat sejarah rakyat Malaysia pertama menang Golden Globe
Pekerja dipecat, pelanggan muntah makan sup berisi kain buruk dari dapur
CATEGORIES