‘Handsome dan cantik’ Pengguna laman sosial puji gambar lama Anwar, Wan Azizah semasa belanjawan

‘Handsome dan cantik’ Pengguna laman sosial puji gambar lama Anwar, Wan Azizah semasa belanjawan

‘Handsome dan cantik’ Pengguna laman sosial puji gambar lama Anwar, Wan Azizah semasa belanjawan. Perkongsian isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengenai gambarnya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari pembentangan Belanjawan menarik perhatian ramai.

Dua gambar berbeza tahun yang diambil pada hari pembentangan belanjawan dimuat naik isteri Wan Azizah di laman Twitter miliknya.

Gambar pertama menyaksikan kedua-dua mereka mengenakan pakaian warna biru sempena Belanjawan 2023 semalam.

'Handsome dan cantik' Pengguna laman sosial puji gambar lama Anwar, Wan Azizah semasa belanjawan

Dalam masa sama, Wan Azizah berkongsi gambar difahamkan pada hari pembentangan belanjawan sewaktu Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan ketika itu.

Kelihatan beliau memakai baju dan tudung bercorak bunga, manakala Anwar memakai baju Melayu warna ungu.

“Dulu dan sekarang. Semoga Allah sentiasa merahmati segala usaha kita,” katanya mengimbas kenangan bersama Anwar menerusi hantaran berkenaan pagi tadi.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna laman sosial memuji pasangan tersebut serta membandingkan gambar dahulu dengan semalam.

“Handsome (tampan) dan cantik sungguh DSAI dan Kak Wan masa muda. Walhal waktu itu dah 50-an juga,” kata seorang pengguna Twitter.

“Manis sungguh, yang gambar sebelah tu walaupun terbalik rangkul, pun comel juga. Semoga dalam rahmat Allah sentiasa datuk seri berdua,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

Baca Lagi:
Pemuda miskin sempat jadi jutawan hanya 3 jam, bank tersalah masuk RM780 juta dalam akaun bank
Beruntung lelaki ini, hanya lepak di rumah manakala 3 isterinya bekerja
Pengendali pasar raya Giant akan henti beroperasi di Malaysia
CATEGORIES