Hampir 4 tahun beroperasi, semua cawangan Pasaraya Elews Mart milik Ebit Lew akan ditutup

Photo of author

By Syima Iza

Hampir empat tahun beroperasi, cawangan pasar raya Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew ditutup secara beperingkat-peringkat bermula 15 Januari lalu.

Perkembangan itu dimaklum dalam satu notis dengan kepala surat Elews Mart Sdn. Bhd. bertarikh 15 Januari 2024 untuk makluman kepada pembekal rangkaian pasar raya itu.

“Semua pembekal Elews Mart Sdn. Bhd. adalah dimaklumkan, Elews Mart akan menutup semua cawangan kedai secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.

Hampir 4 tahun beroperasi, semua cawangan Pasaraya Elews Mart milik Ebit Lew akan ditutup

“Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar.

“Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” menurut notis berkenaan.

Menerusi notis sama, pihak Elews Mart Sdn Bhd juga berharap kerjasama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Segala pertanyaan boleh diemel kepada kerani.elews777@gmail.com,” katanya.

Untuk rekod, ElewsMart merupakan perniagaan dalam sektor peruncitan milik Ebit.

Pada Julai 2020, 10 cawangan pertama yang dibuka terletak di Bandar Baru Bangi, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Baca Juga:
Tak sampai 3 bulan beroperasi, Restoran UAH milik Ustazah Asma’ Harun terpaksa di tutup, rugi RM30,000 setiap sebulan
“Mereka suruh saya tipu orang, tawar gaji RM20,000” – Lelaki kongsi pengalaman jadi scammer di Myanmar
Terlanjur dengan lelaki lain selama setahun, wanita kesal curang terhadap ‘perfect husband’