Hampir 20 tahun berniaga nasi ayam RM1.90, peniaga di Besut dikecam selepas naikkan harga nasi ayam RM3

Photo of author

By Syima Iza

Hampir 20 tahun berniaga nasi ayam RM1.90, peniaga di Besut dikecam selepas naikkan harga nasi ayam RM3.

Situasi ekonomi yang mencabar memaksa para peniaga makanan di seluruh negara menaikkan harga jualan mereka.

Di sebalik peningkatan harga barang saban tahun, sebuah kedai nasi ayam di Besut, Terengganu tetap mengekalkan harga jualan RM1.90 sebungkus.

Baru-baru ini, mereka akhirnya mengalah dengan bebanan ekonomi semasa sehingga terpaksa menaikkan harga nasi ayam kepada RM3 sebungkus.

Hampir 20 tahun berniaga nasi ayam RM1.90, peniaga  di Besut dikecam selepas naikkan harga nasi ayam RM3

“Hampir 20 tahun kami berniaga nasi ayam RM1.90. Namun dengan ekonomi sekarang, kami terpaksa naikkan harga nasi ayam menjadi RM3,” ujar Suhaida Suu melalui TikTok.

Tambah peniaga itu, dia bagaimanapun sedih mengenangkan sikap segelintir pelanggan yang mengecam perubahan harga tersebut sedangkan ia masih murah berbanding harga di kedai-kedai lain.

“Namun masih ada yang kecam mahal dengan harga RM3 tu. Kadang rasa down nak berniaga. Korang rasa mahal lagi ke harga tu?

“Walaupun harga nasi ayam kami RM3, tapi kami amat jaga dan pentingkan kualiti dan kuantiti. Tengoklah nasi pun banyak, ayam pun besar-besar tau.

“Alhamdulillah, tapi masih ada yang memahami dan support kami. Korang yang belum rasa jom singgah Kedai Nasi Ayam RM3 Kuala Besut. InsyaAllah sedap dan puas hati,” tulis peniaga itu lagi.

Video tular itu turut menerima banyak komen netizen termasuklah yang meminta peniaga tersebut membuka cawangan baharu di luar Terengganu.

“Bersyukur pada Allah sebab masih ada orang yang jual harga begini.

“Mana nak cari RM3 sekarang? Murah sangat dah tu.

“Murah sangat tu. Teruskan menjual sambil bersedekah,” tulis netizen.

Baca Lagi:
Seram! Pemuda rakam entiti mengerikan dalam kereta seperti mayat mangsa rentung di jalan Gua Musang
Detik pawang buaya maut dibaham buaya ketika lakukan upacara di dalam sungai
Saifuddin Nasution dedah MB Kedah terima kompaun bernilai RM500,000 curi nadir bumi