Hamil anak teman lelaki, ex- gilfriend mesej ajak kahwin minta jadi ‘pak sanggup’

Photo of author

By Syima Iza

Hamil anak teman lelaki, ex- gilfriend mesej ajak kahwin minta jadi ‘pak sanggup’.

Tular baru-baru ini seorang lelaki menceritakan kisah bekas teman wanitanya tiba-tiba menghantar mesej kepadanya. Apa yang mengejutkannya adalah bekas teman wanitanya itu menghantar mesej yang mengajaknya untuk kahwin.

Sudah pasti bukan lelaki ini sahaja, tetapi mana-mana lelaki lain juga pasti akan terkejut jika menerima mesej seperti itu lebih-lebih lagi jika lama sudah tidak berhubung antara satu sama lain.

Hamil anak teman lelaki, ex- gilfriend mesej ajak kahwin minta jadi ‘pak sanggup’

Kisah ini berlaku di Indonesia dan dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Ajoo.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba ajak kahwin. Eh, kenapa?

Lelaki yang dikenali sebagai Ajoo itu berkongsi pengalamannya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Hamil anak teman lelaki, ex- gilfriend mesej ajak kahwin minta jadi ‘pak sanggup’

Hamil anak teman lelaki, ex- gilfriend mesej ajak kahwin minta jadi ‘pak sanggup’

Hamil anak teman lelaki, ex- gilfriend mesej ajak kahwin minta jadi ‘pak sanggup’

Video berkenaan turut mempamerkan tangkap layar perbualannya bersama bekas teman wanitanya itu.

Hamil anak teman lelaki, minta jadi ‘pak sanggup’

Difahamkan lagi, rupa-rupanya gadis itu sedang hamil namun kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab.

Takut rahsianya diketahui keluarga, dia terdesak meminta tolong Ajoo untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan berkahwin dengannya.

Bukan itu sahaja, dia turut berjanji akan menuruti segala kemahuan bekas teman lelakinya itu jika dia setuju menjadi bapa kepada anaknya.

Meskipun berasa kasihan terhadap gadis berkenaan, Ajoo tetap menolak permintaan tidak masuk akal tersebut. Dalam pada itu, dia sempat meninggalkan nasihat ‘makan dalam’ tentang perbuatan mereka yang berzina sebelum kahwin.

Siapa yang hamilkan, siapa pula dia suruh bertanggungjawab?? Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan remaja lelaki itu. Lebih-lebih lagi apabila gadis berkenaan menyuruh orang lain bertanggungjawab sedangkan dia hamil anak orang lain.

Tak sangka betul, ada juga manusia macam ni. Senang betul hidup.. Dah buat salah dengan orang lain, paksa orang lain kahwin dengan dia pula ya. Macam-macam perangai!

Baca Lagi:
Peniaga wanita pakai seluar pendek paras punggung dikompaun
Kenapa perlu pilih Perbankan Islam? Ini 9 kelebihan yang ramai tidak tahu
Lelaki jumpa batu berlian bernilai RM327,000 ketika menggali tanah yang disewa