Hamdan Senario ditidurkan selepas jangkitan kuman dalam darah

Hamdan Senario ditidurkan selepas jangkitan kuman dalam darah

Hamdan Senario ditidurkan selepas jangkitan kuman dalam darah.

Anak anggota Senario, Hamdan Ramli iaitu Muhamad Syazreen Haqem, 24, tidak sangka bapanya perlu diidurkan kerana dia tidak pernah mengalami penyakit kronik sebelum ini.

Syazreen yang juga anak ketiga pelawak itu berkata, bapanya juga hanya tersenyum apabila doktor memaklumkan dia akan ditidurkan.

Hamdan Senario ditidurkan selepas jangkitan kuman dalam darah

“Doktor juga meminta saya ajar babah (panggilan untuk bapa) mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Hamdan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru jam 6 petang, hari ini akibat jangkitan kuman dalam darah.

Syazreen berkata, sebelum itu bapanya mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen.

“Kami berada di Johor Bahru kerana babah terbabit dengan program bersama kumpulan Senario yang sepatutnya berlangsung malam ini.

“Semuanya bermula apabila babah mengadu demam dan mengalami cirit-birit sejak semalam dan kami sangkakan dia mengalami keracunan makanan.

“Namun, selepas dibawa ke hospital, babah mengalami sesak nafas dan doktor beritahu ada jangkitan kuman dalam darahnya hingga terpaksa ditidurkan,” katanya.

Mengulas keadaan bapanya, kata Haqem, dia juga membuat panggilan video bersama ahli keluarga dan anggota Senario untuk memaklumkan keadaan bapanya sebelum ditidurkan.

Bagaimanapun, dia sekeluarga lega apabila doktor beritahu keadaan bapanya stabil ketika ini.

“Kami juga tidak tahu berapa lama babah akan ditahan di ICU dan ditidurkan.

“Justeru, kami sekeluarga memohon orang ramai termasuk rakan artis yang mengenali babah untuk sama-sama mendoakannya sembuh dengan segera,” katanya.

Hamdan berada di Johor Bahru sejak semalam kerana terbabit dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion, malam ini.

Baca Juga:
.Merayap jauh sangat sampai tak tahu jalan pulang, aksi kucing pegang pinggang tuan naik basikal buat netizen terhibur
‘Apa dosa Nadia diperlakukan begitu’ – Bapa sayu anak cedera parah disimbah asid ketika pulang dari kerja
Guru wanita digantung tugas selepas gambar cium pelajar lelaki tular
CATEGORIES