Halang ular masuk rumah ketika cuaca panas, ini langkah yang harus anda buat!

Photo of author

By Syima Iza

Halang ular masuk rumah ketika cuaca panas, ini langkah yang harus anda buat!

Cuaca panas yang melanda seluruh Malaysia bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan pada manusia, malah reptilia berbahaya seperti ular juga turut kepanasan.

Hal ini kerana, sebagai makhluk berdarah sejuk, suhu persekitaran amat mempengaruhi pencernaan ular. Suhu yang paling sesuai untuk ular mencerna ialah 30 °C (86 °F). Jika diperhatikan laporan berita kes ular masuk rumah, hampir semuanya berlaku ketika cuaca panas.

Halang ular masuk rumah ketika cuaca panas, ini langkah yang harus anda buat!

Jadi, rakyat dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa periksa di sekitar kawasan rumah agar tidak ada ular yang berhabitat dan akan mengancam keselamatan seluruh isi rumah dan kawasan kejiranan.

Disebabkan kita tidak dapat menjangka bila dan di mana ular berada, kita perlu sentiasa berwaspada. Berikut, Relevan senaraikan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan ular memasuki dan berhabitat di sekitar kawasan rumah.

Hapuskan tempat yang boleh menjadi habitat ular

Ular lebih suka tempat gelap, lembap dan gemar bersembunyi di celah-celah semak, pasu dan lubang. Menghapuskan tempat persembunyian ini boleh membantu menghalang ular daripada menetap di kawasan rumah anda.

Jadi, periksa dengan teliti di bahagian luar rumah dan harta benda anda. Selain itu, baiki sebarang keretakan atau lubang yang ditemui seperti di longkang, saluran paip dan saluran pengudaraan yang rosak.

Jika terdapat tingkap atau pintu yang berlubang, seeloknya baiki juga agar tidak ada ruang untuk ular menyelinap masuk. Buang dan kemaskan juga longgokan daun atau apa sahaja yang mungkin terdapat di sekitar kawasan rumah.

Gunakan bahan pencegah ular

Terdapat beberapa produk semula jadi yang berfungsi dengan baik sebagai penghalau ular, antaranya ialah:

  • Serbuk belerang (sulfur)

Serbuk belerang adalah pilihan yang bagus untuk menghalau ular. Letakkan serbuk sulfur di sekeliling rumah dan harta benda. Serbuk ini akan merengsakan kulit ular supaya mereka tidak akan kembali.

Belerang juga mempunyai bau yang kuat, jadi ketika anda menabur serbuk belerang, pertimbangkan untuk memakai pelitup muka.

  • Minyak cengkih dan kayu manis

Campuran minyak cengkih dan kayu manis boleh digunakan sebagai senjata apabila ular masuk ke rumah.

Campurkan minyak cengkih dan kayu manis dalam botol semburan dan disembur terus pada ular untuk kesan maksimum. Berhati-hati kerana ular selalunya berlari ke arah yang bertentangan dengan semburan.

  • Bawang putih dan bawang merah

Asid sulfonik dalam bawang putih dan bawang merah iaitu bahan kimia yang membuat kita menangis apabila kita memotong bawang juga mampu menghalau ular. Campurkan bawang-bawang dengan garam batu dan taburkannya di sekitar rumah dan halaman anda.

Anda juga boleh memasukkan bawang putih ke dalam mana-mana minyak pati dan gunakan untuk mengasapi kasau iaitu kayu di bahagian atap bumbungserta tempat-tempat lain yang sukar untuk dicapai. Kawasan-kawasan ini juga cenderung untuk menjadi tempat persembunyian ular.

  • Cuka

Cuka berkesan untuk menghalau ular berhampiran takungan air termasuk kolam ikan. Tuangkan cuka putih di sekeliling perimeter mana-mana kolam atau takungan air untuk mencegah ular daripada mendekatinya.

Untuk peringatan, langkah-langkah ini hanya sebagai cadangan dan pencegah. Sekiranya ada ular yang memasuki rumah anda, hubungi talian kecemasan 999 atau anggota penyelamat untuk mengeluarkan ular.

Jangan sesekali duduk berdekatan dengan ular kerana kita tidak tahu sama ada ular itu berbisa atau tidak. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memukul ular terutama spesis yang berbisa sesuka hati kerana ia boleh mengundang maut atau kecederaan yang serius.

Baca Lagi:
Siapa sangka lelaki ini dulunya income jutaan ringgit, selalu tidur hotel 5 bintang, kini jadi gelandangan
Jangan sesekali tutup lampu tandas kalau bermalam di hotel..ini sebabnya
Tular kabar angin bernikah dengan artis muda, ini jawapan AR Badul…