“Haiwan sekarang bijak IT”- Anjing order ayam goreng 2 ketul dalam talian raih perhatian ramai.
Ramai yang berseloroh bahawa haiwan juga bijak memesan makanan dalam talian apabila berdepan dengan kelaparan, terutama ketika pemilik tiada di rumah.
Ini susulan tularnya sebuah video yang memaparkan gelagat seekor anjing sedang menunggu di dalam sangkar sewaktu penghantar makanan tiba di rumah pemiliknya untuk menghantar pesanan.
“Anjing pun pandai pesan makanan dalam talian. Siap ayam goreng dua ketul,” seloroh Najmi.
“Haiwan sekarang pun bijak IT (teknologi internet),” tambah Haris Noh.
Video berdurasi 47 saat yang dimuat naik oleh penghantar makanan menggunakan akaun TikTok @mathock10 itu menarik perhatian ramai, dengan hampir 300,000 tontonan dan lebih 7,500 tanda suka sejak kelmarin.
Pengguna akaun tersebut turut meninggalkan kapsyen berbunyi, “Bagi tempahan dekat tuan dia (tak), bagi tempahan dekat penjaga dia (ya).”
@mathock10♬ เสียงต้นฉบับ – BiwRemix
Dalam video itu, makanan yang dipesan merupakan dua ketul ayam goreng dari sebuah restoran makanan segera, dan penghantar makanan tersebut diminta untuk memberikan makanan itu kepada anjing berkenaan.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi, termasuk memuji tindakan murni penghantar makanan kerana membantu memberi makan kepada anjing tersebut.
“Tolong-menolong amalan baik. Terbaik!” puji seorang pengguna TikTok.
“Terima kasih, sangat baik. Saya doakan anda dimurahkan rezeki,” kata Daniel.