Hafiz Mahamad tampil beri penjelasan video Kaabah, siap buat lakonan semula nak bagi faham

Photo of author

By Syima Iza

Hafiz Mahamad tampil beri penjelasan video Kaabah, siap buat lakonan semula nak bagi faham.

Dalam video terbabit, Hafiz turut menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku ketika jemaah ingin mencium Hajar Aswad dan bagaimana setiap di antaranya mementingkan keselamatan wanita Islam.

Sebelum ini, nama usahawan kosmetik Hafiz Mahamad menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik video yang menunjukkan dirinya sedang berasak di hadapan Kaabah untuk mencium Hajar Aswad sehingga kain ihramnya terlondeh dan menampakkan beberapa bahagian badan.

Hafiz Mahamad tampil beri penjelasan video Kaabah, siap buat lakonan semula nak bagi faham

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah apabila video tersebut turut digunakan oleh akaun Hindutva Knight di laman X dengan mengatakan wanita seolah tidak selamat meskipun berada di Tanah Suci Mekah.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai kurang senang sehingga ada segelintir mengkritik Hafiz dan berpendapat video yang dimuat naik oleh usahawan terbabit sebelum ini mengundang penyebaran kebencian terhadap Islam.

Hafiz bagaimanapun tidak berdiam diri dan memaklumkan akan bertanggungjawab terhadap isu yang berlaku. Terbaharu, Hafiz tampil dalam satu video bersama Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan & Perlis, Dr. Kamilin Jamilin, menerangkan bagaimana Islam sangat mementingkan keselamatan seorang wanita.

Dalam rakaman berdurasi selama 15 minit itu, Hafiz menjelaskan bahawa video itu ditujukan khas kepada media atau akaun Hindutva Knight yang dipercayai telah menggunakan videonya sebelum ini untuk memainkan naratif negatif berkaitan keselamatan wanita Muslim.

Menurut Dr. Kamilin, Islam sangat mementingkan keselamatan wanita, malah turut memberi contoh mengapa ketika solat, saf di hadapan dipenuhi oleh lelaki manakala wanita di bahagian saf belakang.

“Ini adalah kerana hikmah-hikmah tertentu demi menjaga adab pandangan bagi lelaki. Di dalam Islam, menekankan aspek menundukkan pandangan bagi lelaki kerana fitrah untuk golongan lelaki itu mudah tertarik kepada unsur-unsur syahwat, mudah tertarik kepada wanita cantik.

“Begitu juga jika wanita itu menjaga auratnya, barulah Insya-Allah kedua-dua lelaki dan wanita itu akan terpelihara,” ujarnya.

Wanita sangat dihormati dalam Islam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Malah dalam video tersebut, Dr. Kamilin turut menjelaskan bagaimana kaum wanita sangat dihormati termasuklah bab ikhtilat.

Selain itu, mereka turut menunjukkan demonstrasi serta infografik bagaimana ibadah di Tanah Suci dilakukan oleh umat Islam.

Bukan hanya itu, Hafiz turut memaklumkan bagaimana kerajaan Arab Saudi menyediakan tentera serta pihak berkuasa yang ditugaskan di sana untuk memastikan para jemaah berada dalam keadaan selamat sepanjang melakukan ibadah.

Tunjuk lakonan semula dan infografik keadaan di Mekah
Bagi mengukuhkan lagi pemahaman mereka yang menonton video tersebut, Hafiz melakukan lakonan semula yang menggambarkan keadaan seperti di Kaabah. Malah, setiap perkara seperti Hajar Aswad turut diterangkan secara terperinci untuk difahami.

Dr. Kamilin dalam masa sama turut memberikan tips kepada kaum hawa yang ingin mengucup Hajar Aswad, iaitu pergi pada waktu yang sesuai dan kurang sesak.

Contoh waktu yang kurang sesak seperti tengah malam, di awal pagi, dan juga sebelum tengah hari. Selain itu, di sana juga terdapat waktu tertentu yang dikhaskan kepada golongan wanita untuk mencium Hajar Aswad.

Jemaah di sana Tanah Suci menjaga wanita dan kanak-kanak
Hafiz pula turut menekankan bahawa para jemaah yang berada di sana juga sangat menjaga golongan wanita dan kanak-kanak, malah memberikan ruang kepada mereka untuk mencium batu suci itu.

“Seperti mana yang awak lihat dalam video saya itu, sebenarnya ada sekumpulan wanita dijaga oleh lima hingga enam lelaki dan Alhamdulillah kesemuanya keluar dalam keadaan selamat.

“Tiada berlaku sebarang ‘gangguan’ di sudut ini,” jelas Hafiz lagi. Akui masjid dan madrasah tempat selamat buat wanita
Hafiz turut menjawab bahawa masjid dan madrasah merupakan tempat yang selamat untuk para wanita seperti yang disoal oleh akaun Hindutva Knight.

Mengakui pernah silap kerana kekurangan ilmu, Hafiz bagaimanapun ingin bertanggungjawab atas perkara yang dilakukannya kerana sayangkan agama Islam dan ingin terus mengangkat imej agama itu.

“Maaf jika ada kekurangan daripada apa yang dikongsikan. Tapi saya yakin akan hadir sahabat-sahabat muslim saya yang lebih pakar dan arif untuk terus menjaga imej Islam. Semoga apa yang berada di internet kali ini adalah perkara yang baik-baik dan dapat terus menjaga imej Islam.”

Hafiz juga meluahkan keinginan untuk terus menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

Ada individu dari agama lain turut mengagumi keindahan agama Islam
Melihat di ruangan komen, ada individu yang menganuti agama lain yang menyedari keindahan Islam sebaik menonton video tersebut.

Ramai juga berterima kasih atas video penjelasan yang diberikan, dan berharap rakaman itu dapat membuka mata lebih ramai tentang keindahan agama Islam.

Tidak kurang juga ada yang menasihatkan Hafiz untuk lebih berhati-hati dalam apa jua konten yang dilakukannya.

“Sebagai seorang yang berbangsa India, meremang dan terharu apabila menyedari betapa indahnya agama Islam. Terima kasih abang Hafiz. Anda membuktikan adalah salah untuk mempunyai mindset yang buruk mengenai agama lain.”

Hafiz Mahamad tampil beri penjelasan video Kaabah, siap buat lakonan semula nak bagi faham

Hafiz Mahamad tampil beri penjelasan video Kaabah, siap buat lakonan semula nak bagi faham

Baca Juga:
Ramai masih tak tahu tekan ‘butang’ ini boleh sejukkan kereta waktu tengah panas dengan cepat
PM Bangladesh letak jawatan, lari ke lokasi selamat selepas istana Ganabahan diserbu rakyat
Modal hanya RM2, suri rumah menang Jackpot RM41.45 juta