Had maksimum pengeluaran wang Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari – KWSP

Had maksimum pengeluaran wang Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari – KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menetapkan had maksimum pengeluaran wang dari Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.

Menurut paparan maklumat di aplikasi KWSP i-Akaun, ahli yang ingin mengeluarkan wang melebihi RM250 perlu menjalani proses electronic Know-Your-Customer (e-KYC) secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti melawat pejabat KWSP terdekat untuk pengesahan cap jari.

Proses e-KYC atau proses pengesahan identiti yang dilakukan secara elektronik menggunakan teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Had maksimum pengeluaran wang Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari - KWSP

Selain itu, ia turut dijelaskan bahawa pencarum boleh membuat pindaan wang ke akaun bank sekali sehari dengan kadar minimum RM50.

Sebelum ini, KWSP memperkenalkan akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Had maksimum pengeluaran wang Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari - KWSP

KWSP menyatakan bahawa baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Tempoh bagi ahli KWSP yang ingin membuat pindahan tersebut bermula pada 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Baca Juga:
Lelaki acu pistol selepas direnung wanita di gerai durian
“Tanya bini you, dia ada saka ke?” – Lelaki hairan isteri sering ‘muncul’ di setiap lokasi dia berada
Nenek dibunuh kekasih beza usia 33 tahun setelah paksa kahwin
CATEGORIES