Gus Miftah letak jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia selepas dikecam seluruh dunia

Photo of author

By Syima Iza

Gus Miftah letak jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia selepas dikecam seluruh dunia.

Penceramah terkenal, Miftah Maulana Habiburrahman, atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, keputusan itu dibuat selepas tindakannya mempersendakan seorang penjual teh ais secara terbuka dalam sebuah majlis, yang mana video kejadian tersebut tular di media sosial.

Gus Miftah letak jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia selepas dikecam seluruh dunia

“Kepada Bapak Presiden, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tulus atas amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya dalam siaran langsung yang disiarkan oleh CNN Indonesia pada Jumaat.

Keputusan Sukarela Selepas Muhasabah Diri

Gus Miftah menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat secara sukarela tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.

**”Keputusan ini dibuat selepas memikir secara mendalam. Selepas solat, muhasabah, dan istikharah, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Utusan Khas (Bahagian Kerukunan Beragama) Presiden Prabowo Subianto.

“Keputusan ini bukan atas desakan atau permintaan sesiapa, tetapi semata-mata kerana perasaan hormat dan cinta mendalam saya kepada Presiden Prabowo,”** katanya dengan nada sebak.

Teguran Presiden Prabowo

Susulan insiden tersebut, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, melalui Ketua Pejabat Komunikasi Presiden (PCO), Hasan Nasbi, menyampaikan teguran terhadap tindakan Gus Miftah.

“Presiden Prabowo Subianto sangat menjunjung tinggi adab terhadap semua orang. Kami dari Pejabat Perhubungan Kepresidenan menyesali kejadian malang yang berlaku baru-baru ini membabitkan utusan khas Presiden,” ujar Hasan dalam kenyataan video yang disebarkan kepada media pada Rabu.

Insiden Memalukan Penjual Teh Ais

Kejadian ini bermula apabila Gus Miftah mempersendakan seorang penjual teh ais bernama Sunhaji dalam sebuah majlis. Penceramah berusia 43 tahun itu didakwa menghina dan memalukan Sunhaji dengan menyebutnya sebagai “bodoh”.

Video kejadian tersebut tular dan ditonton jutaan kali di media sosial, mencetuskan simpati pelbagai pihak termasuk tokoh Nahdatul Ulama (NU), biro pakej umrah, netizen, serta pempengaruh. Mereka segera tampil menawarkan bantuan kepada Sunhaji.

Peletakan jawatan ini menandakan usaha Gus Miftah untuk mengambil tanggungjawab atas tindakannya dan sebagai tanda penghormatan kepada kepimpinan Presiden Prabowo.

Baca Juga:
Suami kantoi curang dengan guru janda, isteri nekad lapor sekolah
Saintis ramal ais lautan Artik mencair sepenuhnya pada 2027
Senarai 5 haiwan paling pelik di dunia, nombor 5 miliki sifat seperti manusia