Guruku isteriku ‘Dulu panggil cikgu, sekarang panggil sayang’

Photo of author

By Syima Iza

Guruku isteriku ‘Dulu panggil cikgu, sekarang panggil sayang’.

Sepasang suami isteri dari Tanah Grogot, wilayah Kalimantan Timur, telah menarik perhatian pengguna media sosial kerana merupakan bekas guru dan murid yang mempunyai perbezaan usia sembilan tahun, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Riesty Irdha Julvia, 34 tahun, sebelum ini adalah guru kepada suaminya, Ahmad Nizami Fadillah, yang kini berusia 25 tahun.

Guruku isteriku 'Dulu panggil cikgu, sekarang panggil sayang'

Menurut Riesty, mereka telah berkahwin pada tahun lalu, namun video tentang perkahwinan mereka baru dikongsikan di platform TikTok baru-baru ini.

“Saya tidak berani memuat naik video kami sebelum ini kerana bimbang dikecam oleh netizen kerana seorang guru berkahwin dengan anak muridnya.

“Namun, selepas hampir setahun bergelar suami isteri, saya rasa ia sesuatu yang lucu. Walaupun perbezaan usia kami agak besar, ia langsung tidak menjadi masalah,” katanya kepada Wolipop.

Dalam video yang tular, Riesty berkongsi momen pada tahun 2016 ketika suaminya masih menjadi muridnya. Klip video seterusnya menunjukkan mereka berkahwin pada tahun 2023.

“Kalau sudah ditakdirkan, ia tidak akan ke mana-mana. Saya guru, dia murid,” tulis Riesty.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Dahulu panggil ‘cikgu’, sekarang panggil ‘sayang’,” kata seorang netizen.

“Inilah yang dikatakan guruku, isteriku,” komen seorang pengguna media sosial yang lain.

Baca Juga:
Genap 23 tahun serangan di WTC New York, ini 3 rakyat Malaysia yang terkorban dalam Tragedi 9/11
2 konco along ‘terciduk’ gara-gara baling cat salah rumah
3 beradik dah kahwin siap ada anak terkejut selepas mak saudara dedah ayah dan ibu tidak pernah berkahwin