Guru wanita bersama kekasih gelap dicekup suami dalam bilik hotel. Rahsia seorang guru wanita di Bengkulu Tengah yang menjalin hubungan sulit akhirnya terbongkar apabila suaminya sendiri melakukan serbuan bersama anggota polis di bilik sebuah hotel ketika dia bersama dengan kekasih gelapnya, lapor laman berita Tribunjatim hari ini.
Menurut laporan, si suami telah merancang untuk melakukan serbuan itu setelah dia curiga dengan tingkah laku isterinya yang berubah sejak beberapa bulan lalu.
Ia menyebabkan dia membaca kandungan mesej pada aplikasi WhatsApp milik wanita tersebut secara diam-diam.
Setelah meneliti kandungan aplikasi itu, dia mengetahui bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain yang menyebabkan si suami mengikuti pergerakan si isteri ke sebuah hotel.
Wanita berkenaan kemudian dilihat memasuki sebuah bilik bersama seorang lelaki lain.
Suaminya kemudian meminta pihak pengurusan hotel kebenaran untuk melakukan serbuan secara bersendirian namun, dia tidak dibenarkan bertindak demikian yang menyebabkannya membuat laporan polis. Lelaki itu kemudian melakukan serbuan bersama anggota pihak berkuasa di bilik tersebut.
Ketika pintu bilik dibuka, isteri dan kekasihnya berada dalam keadaan panik kerana rahsia mereka telah terbongkar.
Wanita itu dan kekasihnya kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.