Guru terkilan diminta pulangkan semula gaji RM21K setelah bekerja melebihi had umur wajib bersara

Guru terkilan diminta pulangkan semula gaji RM21K setelah bekerja melebihi had umur wajib bersara

Seorang pesara guru berusia 60 tahun di Jambi, Indonesia diarah mengembalikan gaji sebanyak Rp 75 juta (kira-kira RM 21,580) yang diterimanya kepada kerajaan.

Menurut Detik.com, arahan untuk mengembalikan gaji tersebut dikeluarkan kerana wanita itu bekerja melebihi had umur wajib bersara.

Wanita itu mengakui, dia sepatutnya bersara sebagai guru pra-sekolah pada usia 58 tahun. Bagaimanapun, dia tidak dimaklumkan tentang persaraannya dan terus mengajar selama dua tahun lagi.

Guru terkilan diminta pulangkan semula gaji RM21K setelah bekerja melebihi had umur wajib bersara

Selepas menerima arahan tersebut, wanita tersebut kini keliru dengan masalah yang dihadapinya kerana tidak mempunyai wang untuk dipulangkan semula.

Kronologi Kes Cikgu Diarah Pulang Semula Gaji RM21k

Menurut Detik.com, dia mula memproses fail persaraannya di Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Muaro Jambi pada 2023.

Namun begitu, wanita itu telah dipanggil oleh Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Muaro Jambi pada 1 Julai lepas kerana isu terlebih bayar gaji selama dua tahun.

“Apabila saya bertanya kepada Badan Pengelola Keuangan dan Aset Daerah (BPKAD) sebelum ini, mereka memberitahu bahawa saya layak bersara ketika berumur 60 tahun. Jadi saya terus mengajar seperti biasa.

“Tetapi tahun ini saya mendapat arahan untuk memulangkan semula gaji yang diterima selama dua tahun dan tidak dapat menguruskan Surat Keterangan Penghentian Pembayaran (SKPP) kerana sepatutnya sudah bersara,” katanya.

Dia bagaimanapun mengakui menyedari bahawa perlu bersara pada 2022, namun kerana BPKAD memaklumkan umur persaraannya adalah 60 tahun, jadi dia terus bertugas sehingga 2024.

Wanita itu juga mendakwa tidak menerima Surat Pencen pada 2022 dan gajinya terus berjalan seperti biasa.

Pegawai Yang Terlibat Menjelaskan Situasi Yang Dihadapi Oleh Guru Pra-Sekolah Itu

Wanita terbabit mengakui dirinya terkilan dan sukar untuk menyerahkan semula gaji seperti yang diminta kerana ia merupakan wang peribadinya. Malah, dia juga menjalankan tanggungjawab sebagai guru seperti biasa dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, menurut Ketua Pelantikan dan Data ASN di BKD Muaro Jambi, Rini Herawati, wanita tersebut telah didaftarkan untuk bersara sejak 2022.

Bagaimanapun, dia hanya mengusulkan persaraannya pada Ogos 2023.

“Selama ini BKD sentiasa giat menyebarkan maklumat mengenai pesara ASN setiap tahun. Pihak BKD sentiasa menyampaikan sosialisasi tentang pesara agar tidak menjadi masalah kepada ASN yang memasuki tempoh persaraan,” jelasnya.
Baca Juga:
Wanita terjah suami berduaan dalam kereta dengan wanita Indon, terkedu dengar suami cakap “dah la, aku tak nak kau dah”
Suami ‘kantoi’ bonceng penyondol kena cubit dengan isteri
Pasangan ‘Childfree’ kongsi sebab kenapa tidak mahu ada anak
CATEGORIES