Guru luah rasa kecewa murid sekarang dah berani tak siapkan kerja sekolah

Photo of author

By Syima Iza

Bila bercakap tentang baiknya seorang cikgu, mereka banyak berkorban untuk mengajar kita supaya menjadi orang yang berguna. Insan yang bernama guru ini juga tidak pernah berkira waktu dan penat lelah untuk mendidik walaupun di luar bilik darjah.

Cikgu Luah Rasa Kecewa

Dalam satu hantaran oleh @yattahmad.official di TikTok, dia meluahkan rasa kesal dengan anak murid yang tidak menghormatinya sebagai seorang guru.

Guru luah rasa kecewa murid sekarang dah berani tak siapkan kerja sekolah

Cikgu Yatt menyuarakan kekecewaannya terhadap perangai segelintir murid yang berani untuk tidak menyiapkan kerja sekolah kerana mereka tahu mereka tidak akan dimarahi.

Beliau berkata, “Terima kasih sebab masih hormat saya, masih rasa takut, segan dengan saya sebagai seorang guru. Saya tahu kenapa kamu tak siapkan kerja.. sebab cikgu takkan denda, pukul, marah teruk-teruk macam tu.”

Cikgu sekadar akan menegur. Itulah jawapan kenapa awak sekarang dah tak pernah siapkan kerja yang saya bagi walaupun kerja tu awak patut siapkan di sekolah dan di rumah.

Murid Tahu Takkan Kena Marah dengan Cikgu

@yattahmad.officialCikgu sedih dengan keadaan ni. Apa akan jadi pada generasi akan datang?😢

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Pada pandangan beliau, anak murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi seperti tidak menghormatinya dan hilang rasa segan.

Disebabkan undang-undang sekarang yang menghalang para guru untuk ‘menyentuh’ pelajar, ia menjadi punca mereka ini ‘naik kepala’.

“Saya dulu kalau tak siap kerja walaupun dah tertidur, saya sanggup bangun awal pagi untuk siapkan sebab saya takut kena marah, kena pukul tapak tangan, rotan dekat bertis tu biasa… zaman sekarang bila cikgu buat macam tu, habis cikgu..”

“Tengok apa yang berlaku pada kamu, kamu hilang rasa hormat pada cikgu. Kamu tahu ada kerja tapi tak siapkan sebab tahu cikgu tak boleh buat apa.”

Bagaimanapun, Cikgu Yatt berterima kasih kepada sesetengah anak muridnya yang masih menunjukkan rasa hormat untuk menyiapkan kerja sekolah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen boleh berkaitan dengan apa yang berlaku sekarang dan menceritakan pengalaman mereka dahulu.

Baca Juga:

‘Ingatkan lembu’ – Abang Bomba kejar unta tersesat di jalan raya raih perhatian
Ketua Polis digantung tugas selepas ‘kantoi’ kemaruk isteri orang
Budak Nigeria dah nak balik kampung! pandai ‘kecek’ Kelate buat ramai kagum