Guru jadi jutawan selepas menang cabutan BSN Sijil Simpanan Premium sebanyak RM1 juta

Guru jadi jutawan selepas menang cabutan BSN Sijil Simpanan Premium sebanyak RM1 juta

Guru jadi jutawan selepas menang cabutan BSN Sijil Simpanan Premium sebanyak RM1 juta.

Rezeki buat seorang guru yang konsisten menyimpan melalui BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) sejak 2009 apabila dinobatkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan BSN SSP September 2023 sekali gus membawa pulang BSN SSP RM1 juta.

Guru Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu Bagan Serai, Perak, Rosli Omar, 59, yang kini merupakan jutawan BSN SSP ke-92 berkata, beliau memang merancang kewangan sejak awal serta menyimpan secara konsisten untuk meraih peluang dalam cabutan dijalankan oleh BSN setiap bulan.

Guru jadi jutawan selepas menang cabutan BSN Sijil Simpanan Premium sebanyak RM1 juta

Ini merupakan kemenangan kedua buat Rosli selepas memenangi Cabutan Guru bulan Februari 2023 yang menawarkan ganjaran lumayan berupa BSN SSP RM50,000.

Dengan kemenangan RM1 juta ini, beliau berhajat untuk menunaikan haji bersama keluarga.

“Saya memang mengimpikan sangat dalam usia yang sebegini bahawa saya dah patut pergi menunaikan haji.

“Jadi dengan kemenangan tersebut, insya-ALLAH akan membantu menunaikan hajat saya serta memudahkan jalan ke sana,” katanya kepada Bernama.

Menceritakan lebih lanjut, beliau merancang untuk terus menyimpan dalam BSN SSP selain akan menggalakkan anaknya untuk turut menyimpan melalui medium yang sama.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang, sudah tentu kos dan perbelanjaan yang lain akan meningkat. Jadi saya nasihatkan golongan muda supaya sentiasa merancang kewangan dari awal dan jangan terlalu gopoh untuk mendapat keuntungan segera,” katanya.

Rosli berkata, BSN merupakan perintis bagi produk yang melibatkan akaun simpanan dengan peluang memenangi pelbagai hadiah yang sangat lumayan.

Justeru, beliau menggalakkan rakyat Malaysia untuk memanfaatkan peluang tersebut sebaiknya.

“BSN mempunyai perkhidmatan yang meluas di Malaysia dan boleh dinikmati oleh semua golongan.

“Sekarang ini BSN melahirkan jutawan pada setiap bulan melalui cabutan BSN SSP dan ia merupakan hadiah yang sangat hebat dan amat rugi jika kita tidak ambil peluang ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemenang cabutan BSN SSP, Mohd Sapia Abu Bakar berkata, kesedaran tentang kepentingan menyimpan wang serta konsisten dalam menabung untuk masa hadapan telah membolehkan beliau membawa pulang kereta BMW 320i M Sport.

Mohd Sapia, yang berasal dari Paka, Terengganu menyimpan di BSN sejak 25 tahun lalu mengamalkan sikap ‘sikit-sikit lama-lama menjadi bukit’.

“Saya mula menyimpan sejak dari 25 tahun hingga 30 tahun dahulu iaitu sebelum berkahwin lagi, dan saya tidak mengeluarkan wang sesuka hati tanpa keperluan yang penting,” kata beliau.

Mohd Sapia, yang kini berusia 56 tahun, berkata, kesedaran tentang kepentingan menyimpan wang demi kelangsungan hidup di masa akan datang telah mendorong beliau dan keluarganya untuk menyimpan melalui BSN SSP.

“Kesemua ahli keluarga saya termasuklah empat orang anak, tiga menantu dan lima cucu kini mula menyimpan dalam BSN SSP,” katanya.

Mohd Sapia yang merupakan pengusaha kedai jahitan bersama isterinya, berkata, kemenangan membawa pulang kereta mewah itu bagaikan impian jadi kenyataan dan beliau meraikannya dengan membawa keluarga bersiar-siar di Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, tempoh kempen BSN SSP yang berlangsung dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023 menawarkan 10 kategori dengan jumlah hadiah yang ditawarkan bernilai RM27 juta untuk lebih 18,000 pemenang.

Selain menawarkan hadiah BSN SSP RM1 juta kepada seorang pemenang setiap bulan, pada Disember 2023 nanti, pemenang Cabutan Jutawan Bonanza akan membawa pulang BSN SSP RM1 juta berserta sebuah kereta mewah BMW X5.

Sehingga Oktober 2023, BSN telah melahirkan 93 orang jutawan dan dua orang lagi bakal dinobatkan pada November dan Disember 2023.

Baca Lagi:
Wanita meraung histeria selepas anak 15 bulan dilarikan dua beranak
PRK Kemaman: Kalau letak botol air mineral pun, Pas yakin menang
Pelajar 8 tahun cedera teruk di punggung, guru madrasah disyaki sebat guna batang paip PVC
CATEGORIES