Guru displin didakwa tarik rambut, tampar pelajar berkali-kali

Guru displin didakwa tarik rambut, tampar pelajar berkali-kali

Seorang guru disiplin di sebuah sekolah di negeri ini didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan mencederakan pelajarnya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Heirman Ishak, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan dalam prosiding kes di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Berdasarkan kertas pertuduhan tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Noor Alif Fitri Anuar, 19, dengan cara menampar muka beberapa kali dan menarik rambutnya.

Guru displin didakwa tarik rambut, tampar pelajar berkali-kali

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik guru di sebuah sekolah di sini, pada 9 Disember 2022, kira-kira jam 11.30 pagi.

Mohd Heirman didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta memohon tarikh sebutan baharu untuk serahan dokumen.

Peguam Nor Azmi Mohd Arif bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan anak guamnya masih berkhidmat sebagai guru serta menanggung dua anak yang masih belajar serta ibu terlantar sakit.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tidak boleh mengganggu mangsa hingga perbicaraan selesai.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi pengurusan kes dan serahan dokumen.

Baca Juga:
‘Blogger Mukbang’ meninggal dunia selepas lahap ayam goreng
Tukang masak curah minyak panas atas tangan, hanya sapu sos tiram elak daripada melecur buat netizen terkejut
Berang staf tidak ikut arahan, bos marah campak makanan atas lantai
CATEGORIES