Guru besar ‘kantoi’ curang,  dicekup suami berdua-duan dengan guru lelaki dalam bilik

Guru besar ‘kantoi’ curang, dicekup suami berdua-duan dengan guru lelaki dalam bilik

Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Sumenep, wilayah Jawa Timur, ditangkap sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya yang juga merupakan seorang guru, lapor laman berita Kompas semalam.

Perbuatan mereka kemudian dilaporkan kepada polis oleh suami guru wanita itu sendiri.

Menurut suaminya yang dikenali sebagai Beni, isterinya, SR, sering pulang lewat dari sekolah, menyebabkan dia berasa curiga.

Guru besar 'kantoi' curang,  dicekup suami berdua-duan dengan guru lelaki dalam bilik

Gambar hiasan

Pada Jumaat lalu, dia melihat SR pergi ke sebuah rumah kosong milik kakak iparnya sebelum seorang lelaki kemudian didapati menuju ke rumah yang sama.

“Dengan mata saya sendiri, saya melihat mereka berdua-duaan di dalam bilik,” katanya.

Beni kemudian melaporkan perkara itu kepada polis atas dakwaan bersekedudukan.

“Isteri saya dan kekasihnya itu, kedua-dua mereka sudah berkeluarga. Apatah lagi mereka berdua ialah guru yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar,” ujar Beni.

SR merupakan guru besar sebuah sekolah rendah berstatus sekolah pintar (SDN), manakala guru lelaki yang ditangkap ialah guru dari sebuah sekolah rendah berbeza.

Baca Juga:
Pemandu e-hailing burukkan Malaysia, hina agama Islam depan pelancong dikecam
Pelakon Meerqeen mengaku masih ‘single’ kongsi ciri-ciri wanita idaman
Budak jersi no 4 lakukan tendangan kung fu ala Cantona dilayangkan kad kuning aksi bola sepak Bawah 8 Tahun
CATEGORIES