Guru bahasa Inggeris pilihan hati Kid Search

Guru bahasa Inggeris pilihan hati Kid Search

Guru bahasa Inggeris pilihan hati Kid Search.

Selepas lebih dua tahun kehilangan isteri, pemain gitar ternama tanah air, Kid Search ditakdir kembali bertemu jodoh.

Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Md Taib diijab kabul dengan pilihan hatinya, Hariani Kamaruddin.

Guru bahasa Inggeris pilihan hati Kid Search

Pasangan berkenaan disatukan dalam majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Cyberjaya 10, di sini, pada Sabtu.

Pada majlis itu, Awani difahamkan, Kid, 57, turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Hariani, 53, yang juga seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan berkenaan.

Pada 29 November 2021, Kid kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Noraznin Yusof akibat kanser darah myeloma tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Kuala Lumpur.

Baca Juga:
7 tahun kahwin tapi masih dara, dapat suami cukup pakej lagi handsome tapi…
Cara mudah potong sisi tayar, boleh buat bekas tanaman untuk bercucuk tanam
Selepas dikritik beri telefon bimbit kepada anak yang masih bayi, Madammu tampil bidas kecaman netizen
CATEGORIES