Gudang jenama kopi terkenal, Aik Cheong hangus terbakar

Photo of author

By Syima Iza

Gudang jenama kopi terkenal, Aik Cheong hangus terbakar

Gudang kopi jenama tempatan, Aik Cheong di Taman Teknologi Cheng, dekat sini terbakar dalam kejadian lewat malam tadi.

Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.59 malam menerusi talian MERS 999.

Katanya, sepasukan 23 pegawai dan anggota bersama-sama empat jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Gudang jenama kopi terkenal, Aik Cheong terbakar

“Setiba di lokasi kita dapati gudang milik syarikat Aik Cheong Beverage Industries Sdn. Bhd. bekeluasan 7,200 meter persegi telah terbakar 90 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.05 malam, namun sehingga kini operasi masih dilakukan untuk memadamkan sisa bara,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Ujarnya, punca kebakaran gudang tersebut masih lagi dalam siasatan oleh pasukan forensik.

Baca Lagi:
Isteri tidak wajib basuh baju suami – Azhar Idrus
Polis Johor nafi ‘escort’ Makcik Kemboja keluar kilang selepas diserbu
10 guru melecur teruk belon gas hidrogen tiba-tiba meletup ketika sambutan hari guru