Graduan kaki tidur dapat anugerah Naib Canselor buat ramai kagum

Photo of author

By Syima Iza

Graduan kaki tidur dapat anugerah Naib Canselor buat ramai kagum.

“Rajin tidur pun dapat selempang merah jambu”.

Itu antara komen pengguna media sosial terhadap sebuah video yang dikongsi seorang graduan berhubung kejayaannya memperoleh anugerah naib canselor (ANC) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini.

Graduan kaki tidur dapat anugerah Naib Canselor buat ramai kagum

Menerusi video itu, graduan terbabit berkongsi beberapa gambarnya yang sering tertidur ketika di dalam bilik kuliah.

“Dia bukan tidur, dia sedut ilmu dari buku,” tulis kapsyen video tersebut.

Walaupun sering tidur ketika kuliah, graduan tersebut berjaya memakai selempang merah jambu yang cukup terkenal dalam kalangan graduan UiTM.

Untuk mendapatkan selempang itu ataupun ANC, graduan mesti mendapat anugerah dekan dengan Purata Nilai Gred (GPA) 3.50 ke atas setiap semester.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna kagum dengan pencapaian graduan tersebut.

“Wujud sebenarnya kawan begini, kerjanya tidur saja tapi keputusan gempak. Kalau kawan dengan dia kena hati-hati, kita jenis tak berapa pintar sangat kalau terikut gaya dia memang hancur,” kata Norazlina.

“Yang nampak dia tidur di kelas, yang pukul 2,3 pagi dia bangun solat Tahajud, kemudian belajar sampai subuh tiada siapa yang nampak,” kata Amoq.

“Pernah dulu ada kawan macam ni. Rasa geram je dia boleh duk buat tahi mata. Anugerah Allah pada dia,yang kita Anugerah lain Allah bagi,” kata Zuraini.

Baca Lagi:
‘Banglo gurita’ berharga RM7.5 juta undang perhatian ramai, netizen dakwa ianya berhantu
Akibat terlalu banyak perigi yang digali oleh penduduk, Jakarta tenggelam 26cm setiap tahun
Isteri penat lelah berniaga, suami minta duit hasil niaga untuk bagi ‘duit poket’ mak dan nenek