Goda isteri orang di Terengganu boleh didakwa

Goda isteri orang di Terengganu boleh didakwa

Goda isteri orang di Terengganu boleh didakwa.

Meskipun Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menggoda isteri orang, lelaki Islam di Terengganu masih boleh dikenakan tindakan atas perbuatan itu di bawah undang-undang jenayah syariah negeri berkenaan.

Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata pelaku boleh didakwa mengikut Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 jika melakukan perbuatan itu.

Goda isteri orang di Terengganu boleh didakwa

Gambar hiasan

“Sistem perundangan syariah adalah berbeza dengan undang-undang sivil kerana isteri dianggap milik suami sepenuhnya dan berdasarkan undang-undang Islam, suami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri.

“Menurut enakmen tersebut, mahkamah syariah boleh mengarahkan wanita terbabit kembali patuh kepada suaminya manakala tertuduh lelaki, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu Siri 2/2023 kepada 21 ibu tunggal di Kuala Terengganu hari ini.

Bagaimanapun Wan Mohd Zakri berkata setakat ini Mahkamah Syariah di Terengganu belum merekodkan sebarang kes pendakwaan berhubung jenayah itu.

Dianggap sebagai tidak berperlembagaan, Mahkamah Persekutuan pada 15 Disember lepas memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan selepas mendapati ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina yang bertentangan dengan Perkara 8(2).

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Harmindar Singh Dhaliwal, Abu Bakar Jais dan Abdul Karim Abdul Jalil.

Panel itu membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan yang merujuk persoalan berhubung perkara tersebut iaitu sama ada Seksyen 498 tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan Perkara 8(1)(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan di sisi undang-undang dan diskriminasi jantina.

Baca lagi:
2 hari bertarung nyawa, lelaki bantu pengantin baharu kemalangan meninggal dunia
Restoran Seafood jual sotong manis harga RM50 seekor kena serbu
Walaupun garis merah kit ‘samar-samar’ tetap positif Covid-19 – KKM
CATEGORIES