Gimnas Filipina raih dua pingat emas bakal dapat kondominium 3 bilik, ramen percuma seumur hidup

Photo of author

By Syima Iza

Gimnas Filipina raih dua pingat emas bakal dapat kondominium 3 bilik, ramen percuma seumur hidup.

Gimnas Filipina Carlos Yulo meraih pingat emas keduanya dalam masa dua hari di Sukan Olimpik Paris dan muncul sebagai atlet kedua dalam sejarah negaranya yang meraih emas di temasya sukan terbesar dunia itu.

Kondominium tiga bilik, ratusan ribu dolar dan menikmati ramen percuma seumur hidup antara ganjaran yang dijanjikan kepada atlet berusia 24 tahun itu.

Gimnas Filipina raih dua pingat emas bakal dapat kondominium 3 bilik, ramen percuma seumur hidup

Kejayaan Yulo itu menjadikannya sensasi terbaru di media sosial negaranya.

“Satu lagi emas untuk Filipina. Sejarah sekali lagi tercipta! Ang galing galing mo! [Anda menakjubkan!]” tulis seorang peminat di X.

Yulo hadir di kejohanan itu tanpa menaruh harapan tinggi. “Saya hanya berharap melakukan yang terbaik dan tidak menjangkakan pingat,” kata Yulo.

“Saya rasa seperti bonus kepada saya. Memang gila kerana malam sebelumnya saya tidak lena tidur dan sangat teruja kerana dapat emas dalam acara pertama.”

Baca Juga:
5 Jenis jiran yang selalu ‘cari pasal’ dan buat orang menyirap!
Orang ramai gempar pesohor media sosial berjalan ‘berkemban’ di jalanraya
Sudah mop berkali-kali lantai rumah tetap nampak kusam? Guna 3 bahan ini pasti berkilat dan wangi