Gerai roti canai popular diarah tutup selepas dikesan telur ada tahi ayam

Photo of author

By Syima Iza

Gerai roti canai popular diarah tutup setelah dikesan telur ada tahi ayam. Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer, di sini, diarah tutup selama 14 hari selepas didapati tidak menepati piawaian kebersihan Kementerian Kesihatan (KKM).

Notis penutupan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 pada Isnin.

Selain itu, pemilik turut dikompaun sebanyak RM500 kerana gagal menghantar pekerja mengambil kursus pengendalian makanan.

Gerai roti canai popular diarah tutup selepas dikesan telur ada tahi ayam

Tindakan berkenaan diambil dalam satu operasi pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KKM di premis berkenaan pada Isnin.
Pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan pekerja gerai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum dia dilihat menyambung menebar roti canai.

Sejak video itu dimuat naik, ia telah menarik perhatian kira-kira 500,000 netizen di Twitter dengan lebih 2,000 ciapan balas.

Baca Lagi:
Cara ‘Renew’ lesen online dengan mudah dan cepat, tak perlu beratur panjang lagi..
Sepasang suami isteri berjaya kumpul RM27,700 dalam tabung tin sepanjang 2022, ini caranya..
Pemilik gerai roti canai Transfer Road minta maaf setelah tular video dakwa tak cuci telur