Gerai burger disinggahi IShowSpeed kena sita, ramai kecewa tak sempat nak rasa

Photo of author

By Syima Iza

Gerai burger disinggahi IShowSpeed kena sita, ramai kecewa tak sempat nak rasa.

Gerai burger tular yang pernah disinggah oleh penstrim terkenal Amerika Syarikat, IShowSpeed, kini telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Gerai tersebut ditutup buat sementara waktu.

Berita itu dimaklumkan oleh pemilik gerai tersebut menerusi hantaran di Insta Story @bobsburgerbangsar. Menurutnya, gerai tersebut akan ditutup buat sementara waktu dan segala perkembangan terkini akan diberitahu kelak.

Gerai burger disinggahi IShowSpeed kena sita, ramai kecewa tak sempat nak rasa

“Bob’s Burger tutup sementara berikutan kedai kita diambil oleh DBKL. Info terbaharu akan kami kemas kini di sini dan juga melalui WhatsApp. Terima kasih atas sokongan semua,” maklumnya.

Dalam pada itu, di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat merasai makanan viral itu selain berharap gerai tersebut akan dibuka dilokasi baru.

Antara komen yang diterima adalah:

Gerai burger disinggahi IShowSpeed kena sita, ramai kecewa tak sempat nak rasa

Terdahulu, Bob’s Burger di Bangsar menjadi tular selepas IShowSpeed mencuba burger di gerai tersebut dan membayar RM357 untuk sebiji burger.

Baca Lagi:
Pelakon wanita dedah sudah bercerai lafaz taklik kerana bekas suami minum ketum
Rakyat Thailand berang dengan orang Malaysia, ‘perangai Malaysia jangan bawa ke sini’
Betul ke buka aircond ketika pandu laju boleh jahanamkan ‘compressor’? Ini penjelasan lelaki ini